• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenayah Tersungkur Ditembak Polis

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota polis melepaskan dua das tembakan terhadap tiga suspek ‘geng duit palsu’ yang berdegil enggan menyerah diri selepas dikejar lebih tiga kilometer.

Dalam insiden jam 12 tengah hari semalam, seorang daripada suspek cedera di lengan kiri terkena tembakan berhampiran Bulatan Segambut di Jalan Kuching, di sini.

Suspek sebelum itu dipercayai mahu melakukan rompakan di Chow Kit di sini, sebelum terserempak sepasukan polis melakukan rondaan cegah jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, anggota polis beberapa kali mengarahkan suspek berhenti menyerah diri, namun suspek berdegil.

“Suspek yang memandu secara melulu turut merempuh beberapa kenderaan awam di Jalan Raja Laut.

“Melihat tindakan bahaya suspek, polis melepaskan tembakan ke arah kereta itu sebelum ketiga-tiga suspek ditangkap,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan polis menemui gari, alatan menghisap dadah dan syabu di dalam kereta suspek.

“Polis menemui mesin pencetak duit palsu bersama segumpal kertas dipercayai wang palsu yang dipotong dalam but kereta itu.

“Suspek berusia 33 tahun yang memandu kereta Proton Saga BLM cedera ditembak selain luka di kening dan mata kanan akibat terhentak stereng kereta,” katanya.

Dia berkata, seorang anggota polis turut cedera ringan.

“Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan wang palsu dan dadah,” katanya. – myMetro Online

Tags: penjenayahpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penumpang Bot Karam Bayar RM700 Untuk Tiket Sehala

Next Post

Penternak Jumpa Mayat Bayi

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

Next Post

Penternak Jumpa Mayat Bayi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd