• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Tani Kekal FAMA Kulim Dapat Sambutan

oleh Ahmad Albab
10/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Pasar Tani Kekal FAMA (PTKF) Kulim di Tapak Keda Mall yang dibuka secara rasmi hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Pegawai FAMA Daerah Kulim Mohd Nadzri Ismail berkata setakat 10 pagi tadi, dianggarkan lebih 3,000 pengunjung datang untuk mendapatkan hasil pertanian, perikanan dan runcit yang segar dan murah.

“Kita turut adakan jualan Jimat Belanja Dapur selama tiga hari mulai hari ini dengan menjual barangan seperti bawang, telur, minyak masak peket dan tomato pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah daripada pasaran.

“Dalam masa sama, kita turut menjual ayam segar dengan harga lebih murah iaitu RM5.99 sekilo, harga ini diberikan sempena pembukaan PTKF ini,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian PTKF tersebut.

Mohd Nadzri berkata peniaga turut mengisi kesemua 76 lot niaga dengan 18 lot untuk jualan basah dan 58 lot jualan kering di tapak yang bernilai RM 2.2 juta itu.

Sementara itu, seorang petani kontrak FAMA, Yusnizan Shaari, 41, berkata peluang berniaga di PTKF membolehkannya memasarkan hasil taninya seperti timun, terung dan bendi dalam keadaan segar tanpa orang tengah.

“Saya kini boleh jual secara terus kepada pelanggan dan lebih penting, saya jangka akan dapat untung antara lima hingga 10 peratus berbanding sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMAPasar Tani
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MCPF Perlu Tingkat Peranan Bantu Polis Tangani Jenayah

Next Post

Bahana Mobile Legend, Isteri Tekap Gam Di Muka Suami

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

Next Post

Bahana Mobile Legend, Isteri Tekap Gam Di Muka Suami

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd