• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Keganasan Rumah Tangga Digalak Tinggal Di Rumah Perlindungan

oleh Cj Mnh
23/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mangsa kes keganasan rumah tangga digalakkan untuk tinggal sementara di rumah perlindungan yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar keselamatan mereka lebih terjamin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Wong May Ing berkata JKM Perak menyediakan tiga rumah perlindungan untuk mangsa iaitu di Ulu Kinta, Kuala Kangsar dan Taiping.

“Kebanyakan mangsa lebih selesa tinggal sementara di rumah adik-beradik atau saudara-mara. Mereka tidak selesa tinggal di rumah perlindungan kerana ada premis yang diurus oleh lelaki.

“Apabila tinggal di rumah adik-beradik atau saudara-mara mereka kurang selamat kerana suami mereka tahu lokasi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas program Destress Clinic bertemakan Jauhi Tekanan Menjana Keluarga Bahagia di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Program itu menampilkan PU Azman Shah Alias yang merupakan juara program realiti televisyen Pencetus Ummah (PU) musim ke-2 untuk mengupas topik tersebut.

​​​​Wong berkata kerajaan negeri akan berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan pengurusan rumah perlindungan termasuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kewujudan premis tersebut.

“Ada juga mangsa yang tidak tahu adanya rumah perlindungan ini dan lokasinya (rumah perlindungan) jauh dengan rumah mereka. Jadi kami akan cari jalan penyelesaiannya,” katanya.

Beliau berkata statistik kes keganasan rumah tangga di Perak pada 2015 menunjukkan penurunan iaitu 263 kes berbanding 331 pada 2014.

“Walaupun kes ini menunjukkan penurunan, namun usaha ke arah peningkatan kesedaran ini perlu diperhebatkan bagi melahirkan lebih banyak keluarga bahagia di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mangsarumah tangga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kementerian Kawal MARA Diputuskan Sebelum 100 Hari Janji PH Berakhir

Next Post

Bayi Lelaki Empat Bulan Maut Tersedak Susu

Related Posts

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

08/03/2025
3

SEREMBAN - Pertubuhan Briged Negaraku bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada keluarga mangsa maut dirempuh sebuah kereta melanggar lampu...

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

03/02/2025
0

JOHOR BAHRU: Perselisihan faham dalam rumah tangga, disyaki menjadi punca sebuah kereta Toyota Vios disimbah petrol sebelum dibakar dalam kejadian...

Next Post

Bayi Lelaki Empat Bulan Maut Tersedak Susu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd