Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

Video: Lelaki Prank Kekasih,...

SEORANG lelaki yang juga merupakan bintang laman Youtube telah dikritik orang ramai kerana...

Ismail Sabri Lebih Tahu...

KUALA LUMPUR - Saranan supaya memboikot peniaga Cina yang tamak dan enggan menurunkan...

Majikan Siap Rakam, Ketawa...

DASAR majikan berhati kering! Seorang wanita Kuwait tergamak membiarkan pembantu rumahnya terjatuh dari...

Rusia Sifatkan ASEAN Rakan...

HANOI - Rusia menyifatkan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sebagai rakan kongsi strategik...

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

JOHOR BAHRU: Perselisihan faham dalam rumah tangga, disyaki menjadi punca sebuah kereta Toyota Vios disimbah petrol sebelum dibakar dalam kejadian dekat Jalan Tebrau berhampiran sebuah hospital swasta di sini malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kejadian khianat itu dilakukan sendiri oleh suspek yang juga suami kepada pemilik kereta berkenaan yang menyebabkan mangsa kerugian hampir RM90,000.

Beliau berkata, siasatan mendapati, suami mangsa yang berusia 25 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati terhadap isterinya yang berusia 21 tahun susulan perselisihan faham rumah tangga.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laluan berkenaan, kejadian berlaku pada jam 10.20 malam.

“Suspek yang menaiki Toyota Vellfire menghalang kereta dinaiki isterinya bersama dua wanita lain serta seorang lelaki.


“Suspek bertindak menyimbah petrol dan membakar kereta sebelum melarikan diri dari lokasi dengan Toyota Vellfire,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, susulan kejadian itu kereta Toyota Vios milik isterinya terbakar 80 peratus dan wanita terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Majidee.

Katanya, polis giat mengesan lelaki tersebut bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membuat laporan atau menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori