• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 200,000 Rumah Mampu Milik Siap Dibina

oleh Ahmad Albab
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 255,341 unit rumah mampu milik telah siap dibina bagi tempoh 1 Jan 2013 sehingga 15 Okt tahun ini, iaitu 23 peratus daripada 1.1 juta unit yang disasarkan kerajaan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata sebanyak 717,512 unit atau 64.6 peratus sedang dalam pembinaan dan perancangan manakala baki komitmen adalah sebanyak 138,775 unit iaitu 12.4 peratus.

“Sasaran yang ditetapkan kerajaan bagi membina rumah mampu milik untuk tempoh lima tahun dari 2013 pada asalnya adalah satu juta unit. Tetapi apabila melihat keperluan rakyat semakin meningkat, maka sasaran ini ditambah kepada 1.1 juta unit.

“Sasaran ini dilaksanakan di seluruh negara melalui program Rumah Mampu Milik yang melibatkan pelbagai agensi terlibat iaitu agensi kerajaan persekutuan, agensi kerajaan negeri dan pihak swasta,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Khalid Abd Samad (Amanah-Shah Alam) mengenai perancangan kementerian bagi memastikan sasaran kerajaan untuk membina 1.1 juta buah rumah mampu milik yang dijanjikan dapat dicapai menjelang 2018.

Dalam pada itu, Noh berkata kerajaan persekutuan menghadapi cabaran mendapatkan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam pembinaan rumah mampu milik.

Sebagai contoh, katanya, Selangor mengenakan syarat seperti yang dikenakan kepada syarikat swasta terhadap pembangunan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

“Projek kerajaan ini kita tak ambil untung langsung malah kita keluarkan lagi modal, kita bagi RM2.2 bilion peruntukan.

“Sepatutnya kerajaan negeri kena bagi kerjasama… janganlah letakkan syarat seperti mana dikenakan kepada syarikat swasta,” katanya. – BERNAMA

Tags: rumah mampu milikTan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tuduh Anwar Main Seks, Papagomo Sedia RM860k

Next Post

APMM Aktifkan Operasi Cari Nelayan Hilang

Related Posts

Selangor Tawar Rumah Mampu Milik Lengkap Perabot Asas

08/04/2022
0

SHAH ALAM : Projek Rumah Idaman yang akan dibina di Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini ditawarkan pada harga mampu...

Rumah Mampu Milik Tanggungjawab Bersama

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Perumahan mampu milik yang sesuai adalah asas kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat dan seterusnya dapat memastikan kelancaran...

Next Post

APMM Aktifkan Operasi Cari Nelayan Hilang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd