• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Tawar Rumah Mampu Milik Lengkap Perabot Asas

oleh Mohd Arshad
08/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Projek Rumah Idaman yang akan dibina di Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini ditawarkan pada harga mampu milik, selain dilengkapi beberapa perkakasan asas.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seunit rumah tersebut yang mempunyai keluasan 1,000 kaki persegi akan dijual pada harga RM250,000.

“Saya rasa tidak ada projek perumahan mampu milik di Malaysia dijual pada harga ini, selain turut dilengkapi perkakas asas seperti tiga almari pakaian, sebuah kabinet dapur dan sebuah televisyen bersaiz 32 inci.

“Selain itu, rumah ini turut dilengkapi dengan tiga buah penyaman udara, sebuah peti ais dan dua buah mesin pancuran air,” katanya ketika menguar-uarkan pembinaan projek Rumah Idaman secara dalam talian, hari ini.

Menurutnya, setiap unit rumah berkenaan akan mempunyai tiga buah bilik tidur, dua buah bilik air, sebuah dapur, sebuah ruang tamu dan sebuah balkoni, dengan setiap pemilik rumah akan disediakan dua buah tempat letak kenderaan.

Amirudin berkata, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Platform Selangor:Plats bagi mengetahui lebih lanjut berhubung projek Rumah Idaman.

“Untuk projek Rumah Idaman di Bukit Jelutong, ia akan dibina oleh syarikat pemaju, Nadi Cergas Development Sdn. Bhd. (Nadi Cergas Development), yang mempunyai beberapa projek pembangunan di Putrajaya dan Ulu Yam.

“Saya beri jaminan bahawa seunit rumah ini dijual RM250,000, walaupun dilengkapi beberapa perkara asas yang telah saya sebutkan,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: Lengkap Perabot AsasRumahrumah mampu milikselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) membantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) 2025 di Selangor yang...

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

30/05/2026
0

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa garis panduan larangan bagi rumah ibadat selain Islam di kawasan komersial di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd