• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 10,000 Peserta KL World Urban Run 2018

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 10,700 peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian dalam KL World Urban Run 2018 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Larian yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM50,000 itu antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti berkaitan perbandaran dan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur selaku tuan rumah penganjuran Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9).

Pelepasan larian itu yang meliputi jarak 15 kilometer (km), 10 km dan 5 km disempurnakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menyertai larian itu bagi kategori 10 km manakala Noh menamatkan larian dalam kategori 5 km.

WUF9 berlangsung mulai 7 hingga 13 Feb.

WUF adalah forum teknikal bukan undang-undang yang diselenggarakan oleh Program Penyelesaian Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN-Habitat) sejak 2002.

Ia diiktiraf sebagai arena global paling utama untuk interaksi antara penggubal dasar, pemimpin kerajaan tempatan, pertubuhan bukan kerajaan dan pakar pengamal dalam bidang pembangunan bandar dan pemukiman manusia yang mampan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Noh OmarWUF 9
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mohon Naik Taraf Hospital Bentong – Liow

Next Post

“Saya Bukan Bintang Porno” – Bekas Pemain Arsenal

Related Posts

Jamal Yunos Nafi Marah Noh Omar Dalam Media Sosial

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bagi memburuk-burukkan Tan...

Speaker Berat Sebelah Benarkan Tuduhan ‘Rompak’

10/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendakwa speaker bersikap berat sebelah...

Next Post

“Saya Bukan Bintang Porno” – Bekas Pemain Arsenal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd