Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Wan Maimunah Dan Suami...

TIDAK dapat dipastikan kesahihan berita ini namun menurut sumber TV Selatan, pelakon senior...

2 Peniaga Miliki Rokok...

KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini hari ini, memerintahkan dua peniaga masing-masing menjalani...

K’jaan P.Pinang Terus Pertahan...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus mempertahankan kesahihan Pasukan Peronda...

Kemudahan Untuk Pemain JDT...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini mendedahkan kemudahan yang...

Mohon Naik Taraf Hospital Bentong – Liow

BENTONG – Kementerian Kesihatan (KKM) diharap dapat mempertimbangkan keperluan menaik taraf Hospital Bentong yang mempunyai kapasiti 152 katil.

Anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara itu perlu dilaksanakan bagi menampung lebih ramai pesakit khususnya yang menjalani rawatan dialisis, yang mana lebih 30 mesin dialisis yang terdapat di situ masih belum mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.

“Kita juga mohon KKM untuk mempertimbangkan bagi menambah pusat dialisis di Chemomoi kerana agak jauh untuk mereka datang ke Hospital Bentong,” katanya kepada pemberita selepas melakukan Lawatan Amal sempena Tahun Baharu Cina di sini, anjuran syarikat konsesi Anih Berhad di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Hospital Bentong Dr Kamariah Ghazali, Naib Presiden Eksekutif Anih Berhad Radzimah Mohd Radzi dan Pengarah Eksekutif Operasi Kumpulan AlloyMtd Nik Firdaus Nik Hussain.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan menambah beliau yakin proses menaik taraf itu boleh dilakukan kerana masih terdapat ruangan kosong di hospital itu, selain beberapa bangunan lama yang boleh dirobohkan.


“Selain pusat dialisis, saya lihat wad kanak-kanak dan wad bersalin antara yang boleh dinaik taraf bagi membolehkan pesakit mendapat rawatan yang baik dalam persekitaran yang selesa.

“Saya berharap permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh KKM kerana Hospital Bentong adalah sebuah hospital berpakar,” katanya. – BERNAMA

Kategori