Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Dunia Kehilangan Lebih Daripada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penghormatan kepada...

Muhyiddin Umum Senarai Kabinet...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menghadap Yang di-Pertuan...

CEO Baharu KWSP Diumum...

Kuala Lumpur : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)...

Anwar Mahu Tun M...

KUALA LUMPUR - Pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Perdana Menteri...

Speaker Berat Sebelah Benarkan Tuduhan ‘Rompak’

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendakwa speaker bersikap berat sebelah dalam Dewan Rakyat dua hari lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, speaker Dewan Rakyat telah membenarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) ‘merompak’ bayaran balik GST.

Walhal, kata beliau, Menteri Kewangan sendiri telah mengesahkan jawatankuasa baru sahaja ditubuhkan untuk menyiasat perkara berkenaan yang bermakna kebenaran tentang isu itu belum diketahui.

“Saya agak kesal dengan sikap berat sebelah speaker yang benarkan Menteri membuat tuduhan merompak sedangkan Menteri sendiri sahkan jawatankuasa baru sahaja ditubuhkan untuk menyiasat perkara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam Dewan Rakyat dua hari lalu mendakwa bayaran balik GST tertangguh sehingga dua tahun kerana pentadbiran BN dulu merompaknya.


Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kemudian menggesa Menteri Kewangan mengemukakan bukti terhadap dakwaannya, namun Guan Eng gagal berbuat demikian.

Berikutan itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau membuat laporan polis berhubung dakwaan Guan Eng tentang rompakan RM19 bilion oleh kerajaan BN terdahulu di IPD Sentul.

Ia memandangkan Menteri Kewangan sekadar membuat tuduhan itu dalam Dewan Rakyat dan disiarkan oleh media, tetapi tidak membuat laporan polis. – MYNEWSHUB.TV

Kategori