Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Kukuhkan Ketahanan Siber Untuk...

CYBERJAYA - Keselamatan siber adalah perkara penting yang perlu diperkukuh dalam era Revolusi...

Aku Janji BN Perak...

IPOH - Kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) hampir siap...

63,750 Saman AWAS Dari...

MELAKA - Sebanyak 63,750 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi 45 kamera...

RM48 Juta Wang Bapa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan wang lebih RM48...

Lagi Gesaan ISA Diwujudkan Semula

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini turut meminta kerajaan mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Presidennya, Abdul Aziz Bakar berkata tindakan pihak-pihak tertentu sejak kebelakangan ini dilihat semakin menggugat keharmonian negara, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain daripada itu, penubuhan pasukan keselamatan haram seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pula mencabar kredibiliti dan integriti pihak polis.

Abdul Aziz yang diiringi 40 anggotanya sebelum itu membuat dua laporan polis berhubung isu PPS serta gesaan pihak-pihak tertentu untuk mengeluarkan Sabah daripada Malaysia, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.


Semalam, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim berkata majoriti Umno Bahagian di seluruh negara meminta kerajaan mengekalkan Akta Hasutan selain mengembalikan semula ISA.

Ahad lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM yang dianggotai 5,000 orang itu ditubuhkan pada 11 Jun 2007 bertujuan mengimbau kembali segala jasa yang ditabur oleh anggota pasukan itu dalam menentang berbagai ancaman demi memelihara keselamatan negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ISA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori