Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

OKU Sesat Dalam Hutan...

KUANTAN - Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) yang hilang sejak Jumaat lepas...

Kes Mara Taja TRW:...

WAIMA nama baiknya hancur akibat pendedahan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku...

Ketua Polis Daerah Besut...

BESUT - Ketua Polis Daerah Besut, Mohd Zamri Mohd Rowi cedera akibat ditetak...

“Awat Yang Hang Mengamuk...

PELANGGAN restoran di Parit Buntar, Perak bertempiaran apabila lelaki mengamuk dan merosakkan peralatan...

RM48 Juta Wang Bapa Jho Low Kini Milik Kerajaan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan wang lebih RM48 juta yang dirampas daripada bapa ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, Tan Sri Larry Low Hock Peng dilucutkan hak kepada kerajaan.

Wang berkenaan disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada tujuh akaun milik Larry Low yang dipercayai mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan pendakwa raya selaku pemohon selepas tidak ada pihak ketiga tampil untuk menuntut aset berkenaan.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan semua wang berjumlah RM48,979,500.67 dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Larry tidak hadir pada prosiding mahkamah pagi ini walaupun waran tangkap dikeluarkan terhadap beliau.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Aaron Chelliah berkata, tujuh akaun tersebut adalah daripada bank RHB dan Maybank masing-masing di KLCC, Kuala Lumpur dan Plaza Gurney, Pulau Pinang.


Beliau berkata, harta terbabit adalah wang berjumlah RM20,784,952.56 dengan faedah dalam akaun semasa atas nama Larry Low yang dinamakan sebagai responden di RHB yang disita pada 11 Disember 2018.

Dalam notis usul yang dibacakan Chelliah memberitahu, enam lagi akaun masing-masing beserta faedah, wang berjumlah RM300,000; RM500,000; RM20 juta; RM6,613,970.78; RM462,618.38 dan RM318,021.95 milik responden turut disita.

Pada 29 Mac lalu, kerajaan memfailkan tindakan pelucutan sivil untuk membekukan tujuh akaun bank milik Larry Low dengan mendakwa ia adalah hasil daripada kegiatan pengubahan wang haram.

Kategori