Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Suri Rumah Dijumpai Mati...

SEREMBAN - Seorang suri rumah ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Seremban...

Hasrat PFA Tarik Diri...

KANGAR - Hasrat Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menarik diri dari Liga Malaysia...

Peluang BN Menang Parlimen...

POKOK SENA - Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena Datuk Said Ali Syed Rastan...

RUU Antilompat Parti Dijangka...

PUTRAJAYA : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Menimbang Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan)...

63,750 Saman AWAS Dari 1 September Hingga 7 November

MELAKA – Sebanyak 63,750 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi 45 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dalam tempoh 1 September hingga Rabu lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata daripada jumlah itu sebanyak 59,340 saman melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan 4,410 saman kerana tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Beliau berkata kenderaan jenis motokar merekodkan jumlah saman tertinggi atas kedua-dua kesalahan berkenaan iaitu sebanyak 56,532 saman diikuti motosikal (5,263 notis) dan lain-lain (1,955 notis).

“Setakat ini kita mempunyai sebanyak 45 kamera AES di seluruh negara iaitu 29 kamera untuk mengesan kesalahan memandu melebihi had laju manakala 16 kamera mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

“Secara purata kira-kira 1,000 kesalahan melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju dirakam kamera Awas setiap hari dan jumlah berkenaan agak tinggi dan serius kerana dua kesalahan ini antara penyumbang utama kemalangan termasuk kemalangan maut di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai Pengangkutan Jalan Gred KP19 dan AB19 (2018) di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata lokasi saman tertinggi yang dikeluarkan dalam tempoh berkenaan ialah di Kilometer 375.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara iaitu sebanyak 9,609 notis bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan di Jalan Pasir Putih di Perak iaitu sebanyak 367 notis kerana melanggar lampu isyarat.

Sementara itu, beliau berkata daripada jumlah saman yang dikeluarkan dalam tempoh tersebut, hanya 1,675 notis atas kedua-dua kesalahan terlibat telah dijelaskan membabitkan kutipan sebanyak RM498,000.

“Jumlah saman yang dijelaskan agak rendah berbanding jumlah notis yang dikeluarkan. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,525 saman melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan 150 saman kerana tidak mematuhi lampu merah,” katanya.


Beliau berkata JPJ memberi tempoh dua bulan kepada pesalah trafik atas kedua-dua kesalahan berkenaan untuk menjelaskan bayaran saman tersebut sebelum tindakan mahkamah diambil terhadap mereka selain disenarai hitam dan tidak boleh berurusan dengan JPJ untuk pembaharuan lesen atau cukai jalan.

Katanya langkah tersebut selaras dengan keseriusan kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan terutama kemalangan maut di negeri itu selain memastikan pengguna jalan raya mengamalkan pemanduan berdisiplin dan berhemah.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata kementeriannya bercadang untuk menambah bilangan kamera Awas di seluruh negara secara berperingkat bergantung pada peruntukan sedia ada.

Terdahulu pada majlis itu, seramai 213 pelatih latihan asas Pegawai Pengangkutan Jalan Gred KP19 dan AB19 berjaya menamatkan latihan selama 11 minggu di akademi berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

Anugerah Keseluruhan Terbaik bagi sesi 2018 dinobatkan kepada Pembantu Penguasa KP19 Hasrul Mohammad. – BERNAMA

Kategori