• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aku Janji BN Perak Hampir Siap Dilaksanakan

oleh Ahmad Albab
22/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) hampir siap melaksanakan kesemua 82 aku janji yang terkandung dalam manifesto semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata daripada jumlah itu, 52 aku janji telah disempurnakan, manakala selebihnya sudah mula dilaksana dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi.

“Melalui program turun padang dengan pendekatan ‘tiada tertinggal, tiada terpinggir’ dan juga pendekatan 3P iaitu padang, perasaan dan penyelesaian, kerajaan BN telah mendengar dan memahami denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi.

“Alhamdulillah aku janji yang kita buat telah disempurnakan sebahagiannya termasuk Pulau Pangkor diiktiraf sebagai pulau bebas cukai baru-baru ini,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Zabri Abd Wahid (BN-Trong) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Menurut Zambry, antara aku janji yang telah disempurnakan ialah peningkatan program pencegahan jenayah, pembangunan semula pekan kecil serta menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar kepada universiti awam yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Azlan Shah.

Zambry berkata kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan bagi membina dan memulih Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz serta mengadakan program kecemerlangan murid Orang Asli.

“Selain itu, kita juga membina lebih banyak kawasaan pejalan kaki di bandar dan pekan dengan keseluruhannya 33 kilometer bagi mengatasi masalah ragut,” katanya.

Tambahnya, sebuah jawatankuasa pemantauan yang dipengerusikan oleh Anggota DUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamed telah ditubuhkan bagi memastikan semua aku janji sentiasa berada di landasan tepat dan mengikut perancangan.

“Jawatankuasa itu membuat semakan dari semasa ke semasa supaya semuanya (aku janji) berjalan seperti yang dirancang,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd