• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Komited Wajibkan Suntikan Vaksin

oleh
25/02/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berputus asa dalam usaha untuk mewajibkan suntikan vaksin imunisasi walaupun mengakui sukar untuk melaksanakan sesuatu program secara mandatori.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kementerian mempunyai tanggungjawab menyeluruh dalam memastikan golongan sasar dalam program itu mendapat pencerahan lanjut mengenai kepentingan vaksin.

“Apapun kami akan mulakannya (dasar mewajibkan suntikan vaksin), tapi yang paling penting ialah keinsafan dan kesedaran ibu bapa bahawa keselamatan dan kesihatan anak mereka penting dan tahu risiko sekiranya tidak divaksin.

“Golongan anti vaksin hanya diberi pendedahan dari sudut negatif dan tidak berdasarkan bukti kesihatan, oleh itu semua pihak bukan sahaja di kementerian malah Jakim dan ramai mufti telah memberi penjelasan positif mengenai vaksin,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Codex Berkaitan Lemak dan Minyak (CCFO) ke-26 di sini hari ini.

Semalam Dzulkefly dilaporkan berkata, cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan akan dibincang pada mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Kesihatan. – BERNAMA

Tags: KKMsuntikan vaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Keperluan Lapor Polis Ketirisan ‘Land Swap’

Next Post

Peniaga Kerugian Ditipu Kenalan Facebook

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

Peniaga Kerugian Ditipu Kenalan Facebook

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd