• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV Yakin Kekalkan Momentum Kukuh Syarikat Usaha Sama

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd, pengeluar minyak sawit terbesar dunia, yakin dapat mengekalkan momentum kukuh bagi syarikat usaha sama selepas mencatatkan perkongsian ​​​​​​keuntungan RM6 juta pada 2017 berbanding kerugian RM19 juta pada 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad berkata keyakinan itu adalah berasaskan rekod prestasi mapan FGV selama 10 tahun lepas.

“Ketika ini, kami mempunyai tiga syarikat usaha sama yang terletak di Johor, Pakistan dan Dubai, dalam perniagaan berasaskan minyak sawit dan berasaskan isirung sawit.

“Kesemua syarikat usaha sama ini kembali pulih dan menjana keuntungan tahun lepas. Contohnya, usaha sama kami dengan Procter & Gamble (di Johor) merekodkan beberapa ratus juta keuntungan, menjadikannya ​rekod dalam 10 tahun, selain usaha sama Port Qasim di Karachi, Pakistan juga memberi​​​​​​​ dividen yang baik,” katanya kepada pemberita selepas taklimat keputusan kewangan 2017 FGV di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai harga minyak sawit tahun ini, beliau berkata, FGV menjangkakan harga​​​​​​​ bergerak antara RM2,400 dan RM2,600 satu tan, dan tanaman yang baik dijangka bagi 2018.

Zakaria berkata, FGV turut merancang untuk meningkatkan jumlah simpanan tanah pada 2018 dengan pembelian berpotensi di Afrika, Indonesia dan Malaysia.

“Kami menyasar untuk menambah simpanan tanah sebanyak 20,000 hektar namun pelan pembelian ini masih di peringkat awal dengan usaha wajar akan dijalankan ke atas prospek berkenaan.

“Kami turut mengubah 8,000 hektar kawasan getah kepada kelapa sawit untuk mewujudkan kawasan​​​​​​​ boleh tanam yang seimbang,” katanya.

Zakaria juga berkata keutamaan FGV pada 2018 adalah termasuk meningkatkan pengeluaran FFB kepada 4.85 juta tan pada 2018, dan masing-masing kepada lima juta dan 5.3 juta tan pada 2019 dan 2020.

“Selain itu kami menyasar untuk memperkukuhkan penjenteraan bagi menambah baik produktiviti tenaga kerja dan dijangka mempunyai 28 kilang sedia untuk pensijilan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit​​​​​​​ Lestari tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Zakaria ArshadFGV
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Singapura Lancar Skim Lahir Ramai Penjaja Nasi Lemak

Next Post

Larangan EU Ke Atas Minyak Sawit Tak Jejaskan FGV

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

Next Post

Larangan EU Ke Atas Minyak Sawit Tak Jejaskan FGV

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd