• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan EU Ke Atas Minyak Sawit Tak Jejaskan FGV

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk melarang penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit mulai 2021 tidak akan menjejaskan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) kerana eksport ke EU adalah minimum, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad.

“Pengeluaran atau penjualan kami ke EU hanya kira-kira dua peratus daripada perniagaan kami dan (walaupun) tanpa larangan itu kami (masih) tidak dapat menjual disebabkan harga. Oleh itu, kami hanya memberi tumpuan kepada pasaran tempatan.

“Bagaimanapun, saya bimbang mengenai persepsi minyak sawit oleh negara lain kerana mereka mungkin menganggap larangan EU itu secara menyeluruh, yang sebenarnya tidak betul,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan FGV bagi 2017 di sini, hari ini.

Parlimen EU mengundi pada 17 Jan 2018 untuk melarang biofuel berasaskan minyak kelapa sawit menjelang 2021, manakala biofuel berasaskan minyak sayuran lain seperti minyak soya dan minyak biji sesawi boleh terus digunakan sehingga 2030.

Keuntungan bersih FGV meningkat kepada RM208.04 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017 daripada RM66.45 juta setahun yang lalu.

Bagaimanapun, pendapatan merosot dua peratus kepada RM16.97 bilion daripada RM17.24 bilion sebelumnya, berikutan keuntungan yang lebih rendah yang diperoleh daripada sektor gula akibat kos gula mentah yang lebih tinggi, kata pengeluar minyak sawit terbesar di dunia tersebut dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ditanya sama ada FGV juga menyasarkan pengeluar minyak sayuran India yang bermasalah, Ruchi Soya Industries Ltd, Zakaria menjawab, “Buat masa ini, Ruchi Soya bukan sasaran kami.”

Semalam, Sime Darby Plantation dilaporkan telah menyatakan minat terhadap syarikat itu, yang menguasai 25 peratus pasaran dan beberapa jenama.

Zakaria mendedahkan bahawa FGV merancang untuk menjual dua daripada tiga perniagaan bukan teras yang akan membawa pendapatan tambahan kepada syarikat tahun ini.

“Rundingan bagi satu daripadanya sudah selesai dan ini akan memberi kesan kepada keputusan kewangan tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Zakaria ArshadFGV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd