• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Anggota TLDM Hadapi 11 Pertuduhan

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Seorang Laskar Kanan TLDM Mohd Izhrifikri Roslee, yang didakwa pada Jumaat lepas atas tuduhan membunuh dua rakan sekerja, hari ini dihadapkan sekali lagi di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini atas lapan tuduhan menyebabkan kecederaan termasuk melakukan dua ugutan jenayah.

Mohd Izhrifikri Roslee, 29, didakwa melakukan perkara itu ke atas dua anggota Laskar Kelas Satu, Mohd Farhan Md Said, 30, dan Mohd Syaiful Nizam Mardzuki, 30 di bilik tahanan TLDM unit Sungai Wangi, Sitiawan.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.

Mengikut tiga pertuduhan pertama, Mohd Izhrifikri didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Mohd Farhan dengan memukul tapak kaki mangsa di padang kawad Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan antara pukul 8 malam 12 Sept hingga 12 tengah hari 14 Sept lalu.

Tertuduh turut didakwa atas tiga lagi pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas Mohd Syaiful Nizam dengan memukul tapak kaki mangsa di tempat sama antara pukul 10 pagi 21 Sept hingga 12 tengah hari 23 Sept lalu.

​​​​​​​Mohd Izhrifikri turut melakukan dua ugutan jenayah terhadap Mohd Farhan dan Mohd Syaiful Nizam dengan niat mendatangkan ugutan jenayah dengan mengatakan akan dibelasah sehingga mati dan anggota keluarga akan diancam sekiranya memberikan kenyataan yang benar kepada polis.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di lorong hadapan sel nombor 4 (Syaful Nizam) dan 7 (Farhan) bilik tahanan tersebut antara pukul 2 hingga 3 petang, pada 29 Sept lalu.

Majistret menetapkan tarikh sebutan semula semua pertuduhan Mohd Izhrifikri pada 30 Okt ini.

Selain Mohd Izhrifikri, turut didakwa tiga lagi rakannya iaitu Hamzah Zakaria @ Ali, 35; Mohd Farham Mohd Azmi, 31; dan Saifulnizam Razaly, 37, masing-masing atas satu pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Farhan, mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa secara berasingan melakukan perbuatan itu dengan memukul tapak kaki mangsa di Padang Kawad Bilik Tahanan antara pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari, 13 Sept lalu.

Bagaimanapun hanya Mohd Farham yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu manakala Saifulnizam dan Hamzah, masing-masing minta dibicarakan.

Nur Shaqira kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM1,600 atau penjara enam bulan ke atas Mohd Farham jika gagal membayar denda itu manakala dua lagi rakannya masing-masing dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 30 Okt ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan Harris Ong Jeffry Ong manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: TLDM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lantik Kontraktor Baharu Bina 6 Hospital ‘Sakit’

Next Post

Dua Maut, 14 Cedera Van Kilang Bertembung Kereta

Related Posts

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini, melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan...

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menafikan di Mahkamah Sesyen, di sini, bahawa beliau duduk...

Next Post

Dua Maut, 14 Cedera Van Kilang Bertembung Kereta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd