Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Kerani Wanita Pecah Amanah...

MIRI - Polis menahan seorang kerani sebuah syarikat perladangan kelapa sawit semalam kerana...

PRK: Veteran UMNO Sepakat...

KUALA KANGSAR - Tohmahan jahat pihak lawan konon kumpulan orang lama UMNO 'merajuk'...

30 Orang Terjejas Akibat...

KUALA LUMPUR - Tiga puluh orang terjejas selepas tujuh buah deretan rumah setinggan...

Semua Peranan Semarak Semangat...

KUALA LUMPUR — Tanggungjawab menyemarakkan semangat cintakan negara bukan sahaja dipikul kerajaan tetapi...

Lantik Kontraktor Baharu Bina 6 Hospital ‘Sakit’

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan akan melantik kontraktor baharu bagi meneruskan pembinaan enam hospital yang dilaporkan ‘sakit’ berikutan kegagalan projek itu disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata langkah itu diambil selepas kementeriannya mengenal pasti faktor pemilihan kontraktor merupakan punca utama kesemua bangunan hospital terbabit tidak dapat beroperasi dalam tempoh dirancang.

“Selain tidak mempunyai modal yang cukup, kurang pengalaman juga antara punca kontraktor yang dilantik sebelum ini gagal menyelesaikan tugas mereka sehingga memaksa kementerian menghentikan khidmat mereka dengan serta-merta.

“Sehubungan itu, Jemaah Menteri memutuskan untuk memilih kontraktor berpengalaman dalam pembinaan hospital bagi ‘merawat’ dan meneruskan projek enam hospital yang ‘sakit’ ini,” katanya kepada pemberita pada Program Penyampaian Sumbangan Sempena Deepavali kepada 300 pesakit di Hospital Segamat di sini hari ini.

Beliau berkata antara hospital yang dilaporkan ‘sakit’ itu ialah di Cyberjaya, Bera di Pahang dan Rembau di Negeri Sembilan yang dijangka akan disiapkan sepenuhnya menjelang 2020.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam menggesa masyarakat khususnya pelajar sekolah untuk menghentikan segera trend permainan ‘pass out challenge’ atau mati lima saat kerana boleh memudaratkan kesihatan selain membawa maut.


Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan bagi menangani budaya itu yang semakin menular dalam kalangan segelintir pelajar sekolah di negara ini.

Sementara itu, beliau berkata pembinaan hospital medan yang bernilai RM3.5 juta di Kem Kutupalong, Cox’s Bazar, Bangladesh oleh Malaysia merupakan antara tanggungjawab sosial kerajaan terhadap mana-mana negara yang memerlukan bantuan insaniah.

“Tidak bererti apabila kita bagi bantuan kepada luar negara, kita terus menafikan bantuan kepada penduduk kita,” katanya yang mengulas komen pengguna media sosial yang berpendapat jumlah itu sepatutnya disalurkan untuk bajet kesihatan rakyat negara ini. – BERNAMA

Kategori