• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Pelepasan Kuota Bumiputera Bukan Rasis

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri menegaskan dasar pelaksanaan pelepasan kuota Bumiputera bagi setiap projek perumahan yang dibina di negeri ini, bukan dasar yang bersifat perkauman.

Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim berkata pelepasan kuota Bumiputera hanya dibuat setelah pembinaan 70 peratus siap dan mematuhi syarat ditetapkan termasuk mengiklankan dalam akhbar dan radio.

“Pelepasan kuota juga perlu mendapat ulasan daripada pejabat daerah dan tanah, pihak berkuasa tempatan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP),” katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Kepayang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Rusnah berkata berdasarkan statistik pada 2014, sejumlah 2,082 permohonan untuk pelepasan kuota Bumiputera direkodkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,247 telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

“Baki daripada jumlah itu kita tidak luluskan kerana merasakan tidak cukup promosi untuk pembeli Bumiputera disebabkan kawasan itu dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan utiliti yang sesuai untuk golongan Bumiputera,” katanya.

Sementara itu, Rusnah berkata kerajaan negeri sedang melaksanakan penyelarasan dengan semua jabatan dan agensi yang mengurus pembangunan perumahan supaya melaksanakan pembangunan secara strategik, terancang dan berteraskan kepada permintaan serta keperluan masyarakat.

Beliau berkata kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) akan menyelaras pembangunan rancangan perkampungan tersusun untuk penduduk pinggir dan luar bandar.

“Menerusi integrasi pembangunan perumahan ini, kerajaan negeri dapat mengumpul data seperti jumlah, jenis dan permintaan rumah di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Rusnah Kassim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Datuk Kabi’ Didakwa Lagi Berhubung Kes Tipu

Next Post

Vanidah Imran Gagal Selesai Kes Saman

Related Posts

Selamat Ikan, Perak Sambut Baik Keputusan PHREC

08/05/2018
0

TANJUNG MALIM - Kerajaan Negeri Perak menyambut baik keputusan Perak Hydro Renewable Energy Corporation Sdn. Bhd. (PHREC) untuk menghentikan sementara...

2 Beradik Disyaki Didera Ditempatkan Di Rumah Jagaan

04/08/2017
0

TAPAH - Dua beradik yang disyaki didera ibu jagaan mereka akan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala...

Next Post

Vanidah Imran Gagal Selesai Kes Saman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd