• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Disyaki Didera Ditempatkan Di Rumah Jagaan

oleh AK-47
04/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Dua beradik yang disyaki didera ibu jagaan mereka akan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar selepas dibenarkan keluar dari Hospital Taiping kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Rusnah Kassim berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak akan memohon perintah mahkamah untuk perkara berkenaan.

“Selepas mereka dibenarkan keluar dari hospital, JKM akan memohon perintah mahkamah untuk menempatkan mereka di rumah jagaan kanak-kanak di Kuala Kangsar dan sekiranya ada yang ingin menjaga mereka, saringannya akan lebih ketat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan dua beradik berkenaan bukan merupakan anak angkat, tetapi mengikut perintah mahkamah mereka adalah anak jagaan atau pelihara.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Selama, DSP Loo Lian Lay dilapor sebagai berkata kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun itu disyaki didera oleh keluarga jagaannya di Sungai Bayor, Selama.

Kejadian itu terbongkar selepas pemeriksaan dilakukan pihak Hospital Selama.

Menurut laporan, tiga individu telah ditahan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Datuk Rusnah Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selamat Ikan, Perak Sambut Baik Keputusan PHREC

08/05/2018
0

TANJUNG MALIM - Kerajaan Negeri Perak menyambut baik keputusan Perak Hydro Renewable Energy Corporation Sdn. Bhd. (PHREC) untuk menghentikan sementara...

Dasar Pelepasan Kuota Bumiputera Bukan Rasis

07/04/2017
0

IPOH - Kerajaan negeri menegaskan dasar pelaksanaan pelepasan kuota Bumiputera bagi setiap projek perumahan yang dibina di negeri ini, bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd