Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kim Kardashian Sempat Lagi...

WASHINGTON DC - Bintang realiti televisyen, Kim Kardashian dilaporkan mengunjungi Rumah Putih semalam,...

11,840 Anggota, Pegawai Bomba...

KOTA TINGGI - Jabatan Bomba dan Penyelamat membekukan cuti 11,840 anggota dan pegawainya...

Pemimpin Umno Persoal Tugas...

Bekas menteri, Ahmad Shabery Cheek mempersoal kenyataan bahawa Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)...

Polis Marin Tahan 5...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan lima lelaki pendatang asing tanpa...

Vanidah Imran Gagal Selesai Kes Saman

KUALA LUMPUR – Kes saman pelakon Vanidah Imran terhadap syarikat pengeluar kosmetik Ronasutra atas dakwaan melanggar kontrak dan menggunakan imej pelakon itu secara salah, hari ini gagal diselesaikan secara mediasi.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mohamad Saiful Dzulhelmi Zulkifli mewakili Vanidah kepada pemberita selepas mediasi kes saman di hadapan Pengarah Pusat Mediasi, Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim di Pusat Mediasi di sini, hari ini.

Mohamad Saiful berkata kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat untuk penyelesaian kes dan ia akan diteruskan dengan perbicaraan selama tiga hari bermula 11 April.

Peguam itu berkata Vanidah selaku plaintif akan memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Roszianayati Ahmad.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Rina Chew mewakili Miliyasutra Industries Sdn. Bhd. selaku defendan. Bagaimanapun, Vanidah dan wakil daripada syarikat itu tidak hadir.

Vanidah yang turut dikenali sebagai Vee memfailkan saman pada 28 Oktober 2016 antara lainnya menuntut ganti rugi sebanyak RM765,000 atas dakwaan syarikat itu telah melanggar kontrak dan menggunakan imejnya secara salah.

Menurut pernyataan tuntutan, Vanidah mendakwa beliau telah menandatangani kontrak bernilai RM490,000 dengan Miliyasutra sekitar September 2012 bagi tempoh dua tahun dan sepanjang tempoh itu, pelakon utama filem ‘The Red Kebaya’ itu telah melunaskan tanggungjawabnya tanpa sebarang aduan daripada syarikat berkenaan.


Bagaimanapun, Vanidah mendakwa sehingga kontrak tersebut tamat pada September 2014, baki bayaran kontrak sebanyak RM265,000 masih belum diterima dan pada 6 April 2015, defendan mencadangkan bayaran sebanyak RM60,500 kepada pelakon itu sebagai penyelesaian penuh.

Pelakon itu mendakwa sekitar Julai 2016, beliau mendapati imejnya telah disalah guna oleh defendan dalam penjualan beberapa barang kosmetik jenama Ronasutra sedangkan pada ketika itu, kontraknya telah luput dan penggunaan gambarnya masih berlanjutan sehingga sekarang.

Oleh itu, Vanidah menuntut baki kontrak sebanyak RM265,000 dan RM500,000 sebagai ganti rugi bagi penggunaan imejnya tanpa kebenaran selain ganti rugi am, teladan dan teruk serta lain-lain kos dan relif yang sesuai. – BERNAMA

Kategori