Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

KKM Cadang Hentikan Penerbangan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menghentikan penerbangan...

SPRM Cari Paul Stadlen...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Britain...

Zahirkan Kasih Sayang Untuk...

KUALA TERENGGANU - Kasih sayang kepada ibu dan anggota keluarga yang lain perlu...

HTAA Catat Sejarah, Berjaya...

HOSPITAL Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang melakar sejarah dalam bidang perubatan apabila...

4 Bot Barter Trade Ditahan Di Perairan Batu Pahat

BATU PAHAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat bot ‘barter trade’ ketika Op Khas Kapal Kecil Bukan Konvensyen, di perairan Batu Pahat, di sini, semalam.

Pengarah Zon APMM Batu Pahat Komander Mohamad Othman berkata operasi bermula 3.45 hingga 6 petang itu membabitkan dua bot ronda milik APMM Zon Batu Pahat dengan kekuatan 12 anggota.

Beliau berkata kesemua bot terbabit dikesan di sekitar kawasan 0.7 hingga 0.25 batu nautika Pulau Sialu, dekat sini, oleh anggotanya ketika dalam operasi rutin yang membabitkan kawasan sepanjang perairan Selat Melaka.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, kesemua nakhoda bot tersebut gagal mengemukakan insurans bot barter trade, yang juga antara dokumen paling penting selain ia adalah kesalahan sekiranya tiada dokumen terbabit.

“APMM memandang serius perkara ini dan akan sentiasa meningkatkan pemantauan ke atas bot-bot yang berada dalam perairan bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya kesemua bot terbabit dibawa ke Jeti Zon APMM Batu Pahat untuk siasatan lanjut mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat kejadian menyalahi undang-undang untuk tampil melaporkannya kepada APMM agar tindakan dapat diambil. – BERNAMA

Kategori