• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Aman Dipanggil Ke SPRM Beri Keterangan

oleh Ahmad Albab
06/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini, dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lepas.

Beliau yang diiringi peguamnya kelihatan memasuki bangunan SPRM pada pukul 11.45 pagi menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire berwarna hitam.

Pihak media berkampung di hadapan ibu pejabat SPRM sejak pukul 9 pagi bagi menanti ketibaannya walaupun dalam keadaan hujan lebat sejak 10.30 pagi.

Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, dilaporkan meninggalkan negara ini pada 16 Mei lepas untuk menjalani rawatan perubatan di London.

Beliau dilaporkan pulang ke tanah air pada 21 Ogos lepas bagi menjalani rawatan lanjutan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Musa kembali ke Kota Kinabalu, Sabah semalam untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga di hadapan Speaker, Datuk Syed Abas Syed Ali.

Menurut laporan media, upacara angkat sumpah itu selesai pada pukul 3.33 petang dan beliau kemudiannya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 10 malam untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Pada Jumaat lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan pihaknya tidak tergesa-gesa mengambil keterangan bekas Ketua Menteri Sabah dan membenarkan beliau mendapat rawatan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut.

Pada 23 Mei lepas, pegawai SPRM hadir di kediaman Musa di Sabah, namun mereka tidak dapat masuk kerana beliau tiada di rumah.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam usaha membentuk kerajaan negeri selepas PRU14.

Jeffery disiasat SPRM berhubung dakwaan menerima RM20 juta selepas PRU14 daripada pihak ter­tentu.

Menurut laporan media, Musa juga kini ikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Musa AmanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd