• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Cadang Hentikan Penerbangan Dari India

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menghentikan penerbangan dari India bagi mengelak penularan varian mutasi berganda Covid-19 di Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, cadangan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

“Ini suatu keputusan dasar yang amat penting dan kita mahu kerajaan ambil tindakan segera,” katanya pada sidang akhbar mingguan berhubung situasi Covid-19 di KKM, di sini pada Isnin.

Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan New Delhi, India dikenakan perintah berkurung apabila merekodkan purata kes baharu Covid-19 sebanyak 200,000 sehari dipercayai berpunca daripada mutasi berganda virus itu.

Dr Adham berkata, KKM juga akan mencadangkan agar tempoh kuarantin bagi pengembara yang baru tiba dari negara yang melaporkan penularan virus Covid-19 Varian Yang Membimbangkan (VOC) jenis baharu perlu menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari berbanding 10 hari.

“Mereka wajib menjalani kuarantin di tempat yang digazetkan sahaja. Cadangan ini susulan kebimbangan sekiranya gejala daripada mutan ini muncul pada hari ke-10 atau ke-11,” katanya bahawa penambahan tempoh kuarantin itu adalah bagi mengelak penularan kes baharu berpunca daripada VOC.

“Kita ada dua opsyen, pengembara yang menaiki penerbangan terus dari negara VOC wajib menjalani kuarantin selama 14 hari, manakala bagi pengembara yang transit, tempoh kuarantin dikira pada hari mereka tiba di negara ini,” katanya.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat tiga jenis varian yang membimbangkan iaitu B.1.351 yang mula dilaporkan di Afrika Selatan, B.1.1.7 dari United Kingdom; dan B.1.1.28 atau P1 dari Brazil dan Jepun. – BERNAMA

Tags: Covid-19IndiaKKMvarian mutasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.