• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahirkan Kasih Sayang Untuk Kukuhkan Institusi Kekeluargaan

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kasih sayang kepada ibu dan anggota keluarga yang lain perlu sentiasa dizahirkan bagi mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Sehubungan itu, beliau berkata kementerian kini mempergiatkan lagi pelbagai kempen agar masyarakat kembali kepada konsep asas untuk menyuburkan perasaan kasih sayang dalam kalangan anggota keluarga.

“Dalam keghairahan kita mengejar arus kemajuan dan kemodenan ketika ini, jangan sesekali kita lupakan perkara asas yang perlu dipupuk setiap hari iaitu kebahagiaan komuniti terkecil yang merupakan institusi keluarga.

“Kempen yang dijalankan kementerian ketika ini juga adalah perkara asas yang perlu dilakukan seperti komunikasi dua hala yang lancar, pemberian hadiah dan pelukan kasih sayang, terutama antara ibu dan anak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan bersempena program Jelajah Keluarga Bahagia Negeri Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Sepuluh ibu cemerlang daripada pelbagai latar belakang turut diraikan dalam majlis itu atas kejayaan mereka melahirkan anak yang berjaya dalam akademik dan sahsiah.

Ditanya mengenai kes buang bayi yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini, Rohani berkata kementerian sedih dengan perkara itu kerana ia melibatkan nyawa bayi yang tidak berdosa sedangkan banyak cara lain boleh dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi tersebut.

“Kenapa perlu membunuh, sedangkan kita ada rumah perlindungan untuk membantu gadis yang terlanjur ini… perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Kementerian akan terus memperhebatkan kempen kesedaran agar dapat menyelamatkan nyawa bayi ini kerana masih ramai yang ingin menjaga kebajikan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd