• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pekerja Pembersihan Maut Jatuh Saluran Air

oleh Ahmad Albab
17/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua pekerja pembersihan sebuah syarikat swasta maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air di hadapan pusat membeli-belah Angsana Mall di sini semasa melakukan kerja-kerja pembersihan awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P. Samasuvam berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut kira-kira 1.30 pagi sebelum dua jentera bersama 15 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya anggota bomba yang lengkap dengan alat pernafasan bertindak turun ke dalam saluran air itu untuk menyelamatkan mangsa.

“Bomba menemui kedua-dua mangsa yang berumur 27 tahun di bahagian dasar saluran air tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang menuruni anak tangga saluran air itu tanpa memakai alat bantuan pernafasan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kedua-kedua mangsa yang belum dikenal pasti identitinya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi menyelamat tamat 3 pagi. – BERNAMA

Tags: mautpekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd