Terengganu Gugur Rancangan Naik Taraf LTPR
SETIU - Kerajaan negeri Terengganu menggugurkan rancangan pembesaran landasan di Lapangan Terbang Pulau Redang (LTPR) kerana kos dan kesan kepada industri pelancongan marin di pusat peranginan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri tidak akan meneruskan rancangan awal menaik taraf LTPR selepas mengambil kira pelbagai risiko dan pandangan pihak tertentu dan sebaliknya akan menambah bilangan kedai di sekitar lapangan terbang itu. Katanya, pembinaan beberapa kedai terbabit bagi membolehkan ...