• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Gugur Rancangan Naik Taraf LTPR

oleh Ahmad Albab
30/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Kerajaan negeri Terengganu menggugurkan rancangan pembesaran landasan di Lapangan Terbang Pulau Redang (LTPR) kerana kos dan kesan kepada industri pelancongan marin di pusat peranginan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri tidak akan meneruskan rancangan awal menaik taraf LTPR selepas  mengambil kira pelbagai risiko dan pandangan pihak tertentu dan sebaliknya akan menambah bilangan kedai  di sekitar lapangan terbang itu.

Katanya, pembinaan beberapa kedai terbabit bagi membolehkan usahawan menjual pelbagai jenis cenderahati dan barangan keperluan lain.

“Kita (kerajaan negeri) telah membuat keputusan mengekalkan lapangan terbang yang sedia ada dan juga bersetuju hanya menggunakan kapal terbang jenis ATR-72. Kita cuma kena tambah fasiliti dengan memperbanyakkan outlet (kedai) katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mendengar taklimat daripada pihak Jabatan Pelancongan Negeri baru-baru ini terhadap potensi lapangan terbang yang mempunyai landasan sepanjang 1,050m dan lebar 30m tersebut.

Sebelum ini,  pesawat Berjaya Air (ATR72-500) pernah membawa pelancong ke pulau itu dari Changi, Singapura pada 2010, penerbangan dari Subang bermula pada 2000 disusuli dari Seletar, Singapura setahun selepas itu.

Operasi penerbangan terhenti sejak 2016 ekoran keadaan landasan yang tidak menepati  dengan keperluan penerbangan sesebuah pesawat meskipun menggunakan ATR-72 kerana ia hanya mampu membawa penumpang pada kapasiti 40 orang sahaja sedangkan ia boleh memuatkan seramai 74 orang.

Sebelum itu, kerajaan negeri berhasrat menaik taraf lapangan terbang itu sebagai usaha membuka kunjungan pelancong ke pulau itu sepanjang tahun khususnya ketika kedatangan musim tengkujuh.

Kerajaan negeri bercadang untuk panjangkan landasan itu kepada  500m lagi bagi membolehkan kapal terbang yang lebih besar dapat mendarat.

Menurut Ahmad Razif, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, kertas kerja dan perancangan keputusan terbaru itu akan diajukan kepada Kementerian Kewangan dan pihak Berjaya Air untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman berkata sekiranya lapangan terbang itu beroperasi semula, ia akan dapat menarik lebih ramai pelancong terutama daripada negara China.

Katanya, cetusan idea Ahmad Razif untuk membuka pelbagai outlet juga memberi peluang kepada penduduk di Pulau Redang berniaga dan memberi mereka ‘nafas’ semula untuk bekerja dalam pelbagai sektor di situ.

“Ia sesuatu yang sangat baik dan mampu memberi manfaat kepada 2,000 penduduk di sini. Malah kehadiran pelancong juga mungkin lebih kerap kecuali apabila tiba musim tengkujuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pulau RedangTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd