Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kit Siang Gembira Pelajar...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah memuji tindakan ratusan pelajar...

Pemain Bergaji Mewah Tapi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan...

Tukar Serta-Merta PDRM Lindungi...

KUALA LUMPUR — Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bertegas dan...

Kemasukan Pengunjung Ke Pusat...

KUALA LUMPUR - Had kemasukan ke satu-satu pusat beli belah dan pasar raya...

Puluhan Negara Tak Cuti Krismas, Tapi Hanya Brunei ‘Dihentam’!

BAGI wartawan meja luar negara mana-mana organisasi media di seluruh dunia, berita dari Brunei lazimnya amat jarang didengar, malah kebanyakan masa boleh dianggap sebagai cukup nadir seolah-olah seperti tidak wujud.

Lucunya, pada 24 Disember, agensi berita antarabangsa AFP menjadi sumber rujukan popular apabila melaporkan pemerintah negara minyak terkaya rantau Asia tenggara itu melarang sambutan perayaan Krismas oleh rakyatnya.

Bagaimanapun arahan dititahkan oleh Sultan Hassanal Bolkiah itu tidak tertakluk kepada minoriti kecil penganut agama Kristian di negara Islam tersebut yang bersempadan darat dan laut dengan negeri Sarawak, Malaysia.

Hakikatnya, ini bukan pun peraturan baharu bahkan ia sudah mula dikuatkuasakan sejak tahun lalu lagi selaras dengan pelaksanaan undang-undang ketat jenayah dan syariah Islamiah secara rasmi berperingkat-peringkat.

Umumnya, pewartaan itu bukan masalah besar pun kerana rakyat Brunei tidak ramai, apatah lagi bukan Muslim yang biasanya melibatkan masyarakat asing atau ekspatriat pegawai dagang luar negara bermastautin di Brunei.

Baca: Tiada Sambutan Perayaan Krismas Di Brunei

Juga: Protokol 12 – Cara Zionis Hancurkan Malaysia

Untuk rekod, undang-undang Brunei tidak pernah mengiktiraf orang bukan Melayu Islam di negara itu sebagai warganegara, waima yang sudah lama menetap di situ sebaliknya mereka hanya dianggap penduduk tetap sahaja.

Malangnya, laporan AFP itu sengaja diperbesar-besarkan ke seluruh dunia seolah-olah cuma Brunei yang tidak menyambut Krismas, malah mengharamkan umat Islam meraikannya kerana bimbang boleh menjejaskan akidah.

Bagi yang ‘mahir’ dengan agenda jahat tersirat gerakan Zionis antarabangsa, taktik ‘hentam’ Brunei sebetulnya baru mula tahun 2014 gara-gara pelaksanaan Hukum Hudud, Qisas dan Takzir dalam undang-undang jenayah.

Tidak hairanlah media Barat berjaya ‘racun’ seluruh dunia konon Brunei teruk amat sangat dan wajar dikutuk, hanya sebab ‘marah’ tindakan Sultan Hassanal Bolkiah mahu tadbir negara itu sebagai model negara Islam.


Ironinya, tidak ramai tahu banyak negara lain termasuk bukan Islam yang juga tidak menyambut Krismas, bahkan perayaan terbesar Kristian itu tiada diwartakan sebagai cuti kebangsaan dalam kalendar rasmi negara mereka.

Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Juga: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

Antara negara Islam tidak cuti Krismas ialah Arab Saudi, Algeria, Afghanistan, Azerbaijan, Bahrain, Iran, Kuwait, Libya, Maghribi, Oman, Qatar, Somalia, Tajikistan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, UAE, Uzbekistan dan Yaman.

Manakala Iraq, Jordan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Lubnan, Mesir, Sudan dan Syria mewartakan Krismas hanya cuti untuk penganut Kristian serta disambut pada 7 Januari yang turut dikenali sebagai Krismas Kuptik atau Ortodok.

Jangan terkejut, Israel yang terletak dekat sahaja Gereja Nativiti di Bethlehem, Palestin iaitu tempat kelahiran Nabi Isa A.S. atau Jesus menurut kepercayaan masyarakat Kristian Katholik pun tidak bercuti pada hari Krismas!

Bagi negara bukan Islam tiada cuti Krismas pula antaranya Bhutan, China, Jepun, Mongolia, Korea Utara, Laos, Rusia, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Mungkin dengar agak aneh atau janggal tetapi itulah realiti sebenarnya.

Ada negara Islam bercuti Krismas iaitu Albania, Bosnia, Kosovo, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia; sementara Pakistan pula cuti 25 Disember bukan sebab Krismas tetapi Hari Peringatan Pengasasnya, Muhammad Ali Jinnah.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

1 komen

  1. Jangan sma kn brunei dgn Negara lain…Brunei ada Undang- Undang nya trsendri…majoriti bukn bragama islam d Brunei tak ler ramai sangat sehingakn nak sambut hari krismas besar2an..Itu trpulang ler kpada mereka yg brugama kristian nak sambut krismas mcm mna…Sultan tk larang pn..tetapi ada had had nya bila nak sambut krismas..so jangan dpertikaikan pemerintah SULTAN BRUNEI macam mna nak jaga NEGARA DIA SENDIRI..UNDANG -UNDANG..DAN SOAL KEBAJIKAN RAKYAT DIA SENDIRI…DAULAT TUAN KU..

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori