Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berita Pemindahan Makam Nabi...

KUALA LUMPUR - Berita mengenai rancangan pemindahan makam Nabi Muhammad S.A.W yang disiarkan...

41 Pengetua Hebat Di...

PUTRAJAYA - Seramai 41 pengetua berprestasi cemerlang akan ditempatkan di sekolah harapan (berprestasi...

5,413 Kes Baharu Dalam...

KUALA LUMPUR : Malaysia mencatatkan 5,413 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam...

Mustapa Bangga Kejayaan Usahawan...

MUADZAM SHAH - Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari...

Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

MUNGKIN ramai kalangan kita masih ingat bagaimana pernah dalam satu ceramah politik, Anwar Ibrahim mendakwa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ‘bawa lari’ RM2 bilion dalam sebuah pesawat MAS.

Perkara itu kemudian dibalas oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang secara sinis menyindir bekas timbalannya itu cakap ikut suka hati dan tanpa logik akal hanya untuk memburukkan seteru politik peribadinya.

Negarawan itu malah secara berseloroh berkata, bukankah lebih baik Daim memindahkan sahaja wang secara pemindahan elektronik daripada terpaksa bersusah-payah ‘memikul’ berguni-guni beg untuk lari ke luar negara.

Cerita lucu itu nampaknya kurang dijadikan pengajaran oleh pentaksub pembangkang kerana bagi mereka apa sahaja yang diucapkan tokoh kesayangan puak itu diterima bulat-bulat tanpa banyak soal waima berbaur fitnah.

Tentu ramai masih ingat bagaimana Anwar tanpa rasa bersalah ketika Pilihan Raya Umum pada 2013 lalu mendakwa 40,000 pendatang Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia sebagai pengundi hantu kepada BN.

Bayangkanlah ramai termakan hasutan dakyah bohong itu yang akhirnya terbukti palsu sengaja diada-adakan demi kepentingan siasah Anwar bagi menyemai perasaan benci rakyat ke atas BN secara persepsi songsang.

Memetik kata-kata Dr. Mahathir, Anwar apabila bercakap pasti semua orang akan percaya walaupun auta, waima dia jual ais krim kepada orang Eskimo pun mereka sanggup beli walhal di keliling Artik itu sendiri adalah ais.

Terbaharu, selepas kantoi dengan penangkapan bekas staf PetroSaudi di Thailand yang terbongkar banyak cerita palsunya disebarkan portal propembangkang di Malaysia, kali ini akhbar asing pula dieksploitasi penuh licik.

The Wall Street Journal (WSJ) berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki duit berbilion-bilion ringgit yang disorok di luar negara.

Bagaimanapun agak lucu, WSJ melaporkan pemimpin negara kita boleh menyimpan duit itu konon dalam akaun peribadi, padahal jutawan di dunia pun mustahil buat tindakan bodoh sedemikian yang terdedah mudah dikesan.

Berita ini memang sensasi tetapi nampak gaya bagi umat Islam sendiri, ramai terlupa sabda Rasulullah SAW yang meminta kita menyemak dahulu kesahihan sesuatu laporan kerana bimbang ia datang daripada puak munafik.

Jika diteliti laporan eksklusif WSJ itu sebenarnya ada banyak keraguan dari segi tahap kebolehpercayaan maklumat, malah sumber berita itu sendiri kononnya ‘penyiasat’ tidak bernama juga boleh diragui kredibiliti.

Bagi yang pernah belajar Ilmu Hadis, ia macam perihal riwayat sanad atau latar belakang sumber akan ditolak sebagai Hadis Mauduk yakni palsu, bahkan ulama sendiri minta jangan beramal Hadis Daif atau bersifat lemah.

Begitulah telitinya Nabi Muhammad SAW mendidik umatnya tidak terpedaya dengan berita diragui kebenaran kerana perkara itu sendiri pernah berlaku pada zaman baginda apabila kaum munafik cuba menyebar fitnah.

Bukanlah hendak menafikan kehebatan WSJ yang pernah merangkul 36 kali Pulitzer Prize di AS (lebih kurang setaraf macam Hadiah Kajai di Malaysia) tetapi ada kala beberapa laporan akhbar itu boleh dipertikai kesahihan.


Tidak hairanlah banyak negara pernah mengharamkan akhbar terlaris di AS itu daripada dijual di negara mereka kerana laporan tidak tepat WSJ dibimbangi menjejaskan reputasi sentimen perniagaan negara berkenaan.

Ini bukanlah sesuatu pelik bahkan Presiden AS, Barack Obama sendiri sudah banyak kali jadi sasaran WSJ hanya kerana polisi pentadbiran beliau tidak selari dengan kepentingan pemilik utama akhbar itu, Rupert Murdoch.

Taikun mogul media antarabangsa itu dikenali kerana bijak mengeksplotasi imej WSJ berselindung sebagai akhbar perniagaan berpengaruh di peringkat global bagi ‘menekan’ mana-mana pihak yang dianggap seperti musuh.

Di AS, walaupun media kuasa besar dunia itu mendakwa bebas bersuara, hakikatnya laporan editorial mereka sudah ditentukan awal oleh si pemilik dan jika ingkar, padahnya syarikat akhbar itu akan diisytiharkan muflis.

Justeru, untuk meneruskan kelangsungan hidup, syarikat akhbar waima bertaraf gergasi sekali pun dengan jualan jutaan naskhah sehari terpaksa akur menjadi boneka dan menurut apa sahaja polisi pemegang saham terbesar.

Lebih dahsyat, jangan terkejut kebanyakan media Barat hakikatnya dikuasai gerakan Zionis antarabangsa yang sanggp melabur berbilion-bilion dollar bagi menjayakan agenda tersirat jahat mereka tanpa disedari sesiapa.

WSJ misalnya memang dikenali sejak dahulu sebagai pro-Zionis sehinggakan sebarang laporan melibatkan kepentingan rejim Israel akan ditapis bagi menggambarkan Palestin sebagai jahat manakala Yahudi pula baik.

Sikap berat sebelah WSJ malah mengakibatkan pembaca di Eropah marah dan beralih kepada akhbar Financial Times yang berpusat di London, Britain kerana ia lebih objektif khasnya jika tercetus konflik Israel-Palestin.

Ini turut berlaku di jiran maju kita, Singapura apabila semua akhbar republik itu yang diuruskan GLC milik pemerintah, Singapore Press Holding; sejak berpisah daripada Malaysia pada 1965; terang-terang bias pro-Israel.

Pengalaman penulis sendiri berkhidmat di sana pernah menyaksikan rakyat negara pulau itu khasnya masyarakat Melayu memboikot Berita Harian Singapura ketika krisis di Palestin apabila laporan akhbar itu amat pro-Yahudi.

Mereka malah sanggup ke seberang tambak Johor membeli Utusan Malaysia yang ketika itu berani memaparkan di muka depan gambar kesan penderitaan rakyat Palestin dan kemusnahan masjid akibat serangan jahat Israel.

Hakikatnya, WSJ mungkin dabik dada konon ia dapat sumber eksklusif bagi ‘hancurkan’ Malaysia tetapi apakah nilai berita itu yang diragui kebenarannya boleh dibanggakan di padang mahsyar kelak? – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori