Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Isu Rotan: Ambil Kira...

KOTA BELUD - Kerajaan perlu menimbang pandangan pelbagai pihak sebelum menggubal rang undang-undang...

Kedudukan Anwar Tak Dibincang...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan...

Terap Aspek Kebijaksanaan Selesai...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata aspek kebijaksanaan...

Juara EPL, Leicester City...

BANGKOK - Juara baharu Liga Perdana Inggeris, Leicester City Football Club (LCFC) akan...

Nostalgia: Penyanyi ‘Selimut Putih’ Meninggal Dunia Disember Lalu

ENTAH kenapa tiba-tiba penulis teringat pula beberapa lagu nasyid lama semasa zaman jadi budak kecil dulu khasnya ketika belajar di sekolah agama apabila sering mendengar lagu tersebut dikumandangkan waktu persembahan pentas.

Malah lagu-lagu beliau cukup popular di stesen radio tempatan; masa itu cuma ada RTM sahaja; dan pastinya irama nasyid penyanyi ini menjadi pilihan ketika rancangan agama ke udara sehingga mampu dihafal kanak-kanak pada zaman tersebut.

Bagi generasi yang lahir sebelum 1980-an, pasti sudah biasa melihat persembahan nasyid oleh kumpulan wanita itu dengan tudung ala skaf masih nampak sejemput rambut depan dan ‘trademark’ popular berdiri tegak sambil dua tangan genggam erat.

Itulah aura kehebatan legenda penyanyi qasidah ‘malar hijau’ dari seberang negara jiran kita, Hajah Nur Asiah Jamil yang sebenarnya berasal dari Kotari, sebuah bandar kecil di utara kota raya Medan, ibu wilayah Sumatera Utara, Indonesia.

Khabarnya, penyanyi veteran dilahirkan pada 1944 itu bukan sahaja popular di Indonesia, malah Malaysia, Singapura, Brunei dan selatan Thailand dengan rekod kejayaan merakamkan kira-kira 500 lagu genre nasyid tradisional sepanjang hayatnya.

Antara paling popular ialah Panggilan Haji kerana cukup sinonim ketika musim ibadah haji setiap tahun dan lagu ‘seram’ sepanjang zaman, Selimut Putih yang pastinya memberi keinsafan amat mendalam kepada sesiapa mendengar bait-bait liriknya.

BACA : Tokoh Agama, Penyanyi Asal Cenderawasih Meninggal Dunia

Walaupun era kegemilangan Nur Asiah mulai tenggelam dengan kemunculan genre nasyid kontemporari yang mula melanda negara ketika zaman kumpulan Raihan awal 1990-an, lagu-lagu penyanyi bersuara emas itu tetap tidak luput ditelan usia.


Bagaimanapun mungkin tidak ramai sedar termasuk penulis, bahawa Nur Asiah sudah pun meninggal dunia di rumahnya di Medan pada 21 Disember tahun lalu dalam usia 70 tahun akibat sakit perut yang dialaminya beberapa hari sebelum itu.

Penulis kebetulan hanya mengetahui kisah pemergian allahyarham daripada portal berita MediaCorp Singapura tetapi ironinya, berita sedih ini tidak dilaporkan media tempatan atau barang kali sekadar berita kecil yang tidak disedari sesiapa pun.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak: seorang perempuan dan tiga lelaki; serta 10 orang cucu, bahkan menurut seorang menantunya, Rijaan Sari, ibu mertuanya itu bersifat sangat lembut hati dan berjiwa penyayang.

Difahamkan, sebelum menemui Ilahi, allahyarham begitu bersemangat banyak membantu dalam usaha mengasuh minat anak-anak muda tempatan untuk mendendangkan semula lagu-lagu nasyid qasidah sejak akhir-akhir hayatnya.

Biarpun tidak begitu dikenali generasi X, Y dan Z masa kini, jasa bakti Nur Asiah berdakwah menerusi media seni suara dengan genre nasyid pastinya dikenang sepanjang zaman dan beliau tetap menerima ‘saham’ pahala hasil lagu-lagu berkenaan.

Tidak ramai tahu, beliau pernah mewakili Indonesia sebagai qariah pada majlis ujian tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa dan menjadi pendakwah ikon di republik itu. Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas roh allahyarham.

Al-Fatihah. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori