• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Balas Dendam Yang Memuaskan Hati – Fandi Ahmad

oleh Ahmad Albab
24/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jurulatih Lions XII, Fandi Ahmad menyifatkan kejayaan mengalahkan bekas juara dua kali, Kelantan, 3-1 pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi sebagai membalas dendam yang memuaskan hati.

Fandi, yang berjanji untuk membawa trofi Piala FA menyeberangi Selat Tebrau, turut memuji skuad muda itu atas kejayaan mengejutkan ‘The Red Warriors’ yang lebih mantap serta dibarisi empat pemain import.

Sebagai rekod, Lions XII mengalami kekalahan 2-0 kepada Kelantan pada pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baharu, pada 15 Feb lepas.

“Adalah manis untuk menang ke atas Kelantan malam ini…kami sudah membuktikan ramalan oleh semua pihak adalah tidak tepat.

“Kami tidak mempunyai pemain bintang dalam pasukan tetapi pemain melakukan yang terbaik di bahagian serangan dan juga penjaga gol, Mohd Izwan Mahbud, yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

“Kejayaan ini adalah baik untuk pasukan dengan sebahagian pemain menyertai skuad Sukan SEA Singapura. Ini akan memanfaatkan pemain lain dalam pasukan,” kata Fandi kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata pasukannya terpaksa membayar harga yang tinggi atas kesilapan kecil di barisan pertahanan.

Bagaimanapun, beliau berjanji skuad itu akan bangkit semula dengan lebih mantap pada musim depan.

“Selepas gol penyamaan, kami fikir semua akan berjalan lancar dan boleh memenangi perlawanan ini tetapi malangnya gagal. Bukan mudah menentang Lions XII yang bermain dengan baik.

“Kami juga mempunyai banyak peluang tetapi gagal melakukan jaringan,” katanya.

Lions XII, selaku pasukan bukan pilihan, melakukan kejutan apabila membuka jaringan awal pada minit keenam menerusi pemain sayap, Muhammad Faris Ramli sebelum Kelantan menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi Wan Zack Haikal Wan Noor.

Pemain gantian, Mohd Shail Suhaimi muncul wira pasukan Lions XII apabila melakukan jaringan gol kedua pada minit ke-81 dan kemudian menyempurnakan tendangan penalti pada masa kecederaan minit ke-94.

– BERNAMA

https://youtu.be/yqnZCuz8TC0

Tags: Piala FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd