• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Rawatan Terbaik Untuk Najib, Kata Kit Siang

oleh AK-47
13/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Beri Rawatan Terbaik Untuk Najib, Kata Kit Siang
Share on FacebookShare on Twitter

Anggota parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menggesa Najib Razak diberikan rawatan terbaik semasa dalam penjara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bukan itu saja, katanya, hak itu juga patut diberikan kepada semua banduan lain.

“Saya setuju sepenuhnya dengan anak Najib, Nooryana Najwa, dan menyeru kerajaan untuk memberikan rawatan perubatan yang terbaik kepada Najib Razak semasa dia berada dalam penjara, satu hak yang juga patut diberikan kepada semua banduan di Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah semalam, Lim berpendapat Najib tidak mempunyai penyakit serius.

Katanya, Noor Hisham memaklumkan bahawa Najib dimasukkan ke hospital minggu lepas “untuk memastikan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan optimum”.

Lim justeru menolak “kisah dramatik” yang mendakwa Najib daripada seorang perdana menteri yang sihat dan menjaga kesihatan tiba-tiba menjadi “pesakit tenat yang menerima rawatan yang tidak baik di penjara”.

Najib semalam dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) lagi kerana menghadapi masalah tekanan darah, menyebabkan perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion membabitkannya dikosongkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ketika prosiding mahkamah di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah, peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan anak guamnya dimasukkan ke hospital.

Katanya, kemungkinan ujian tertentu dijalankan dan “akan mengambil masa beberapa hari lagi”.

Semalam, pegawai khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi, berkata doktor menemui pelbagai ulser baru dalam perut Najib, masalah sama yang berulang sejak 15 tahun lalu.

Dia berkata, doktor juga melakukan biopsi yang menyebabkan sedikit pendarahan dan beberapa ulser terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan.

Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan menyeleweng dana syarikat kerajaan, kini sedang dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB.

-Malaysia Kini

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKit Siangrawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd