• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Layak Terima Caruman Siling Gaji Baharu Bermula September

oleh Mohd Arshad
09/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Layak Terima Caruman Siling Gaji Baharu Bermula September
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Faedah caruman siling gaji baharu bawah pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) layak diterima pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bermula 1 September meskipun caruman hanya akan bermula pada Oktober.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, faedah sama juga boleh diterima oleh pekerja baharu yang mula bekerja pada tarikh sama.

Katanya, ini berikutan jaringan keselamatan sosial adalah termaktub bawah akta sedia ada yang berkuatkuasa pada tarikh tersebut.

“Meskipun dikuatkuasakan bermula 1 September, caruman biasanya akan dibayar pada Oktober. Namun begitu, jika berlaku kematian pada 1 September, faedah yang akan diterima adalah berdasarkan faedah yang baharu walaupun caruman belum dibayar.

“Begitu juga jika seorang pekerja diterima bekerja pada 1 September dan dicarum pada Oktober. Jika dalam perjalanan dia pergi kerja dengan surat tawaran, individu tersebut kemalangan dan meninggal, dia layak menerima faedah yang ada bawah Perkeso,” katanya ketika ditemui di Menara Perkeso, dekat sini semalam.

Sementara itu, Mohammed Azman berkata, penguatkuasaan pindaan itu membolehkan caruman bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas akan menerima faedah yang lebih baik jika berlaku kemalangan, kematian, hilang upaya dan sebagainya.

“Sebelum ini, jika pencarum mengalami kemalangan dan meninggal dunia, pekerja yang bergaji lebih RM4,000, contohnya gaji RM5,000 sebulan, hanya boleh terima 90 peratus maksimum daripada RM4,000 iaitu waris akan terima RM3,600 sebulan.

“Namun, dengan peningkatan kepada RM5,000, manfaat diterima adalah RM4,500,” ujarnya.

Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) melibatkan peningkatan had siling gaji bagi maksud caruman daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan.

-Utusan Online

Tags: Caruman Siling Gaji BaharuPerkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd