• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Rafizi Akan Dipanggil Polis

oleh Mohd Arshad
31/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dakwaan Fitnah Projek LCS: Rafizi Akan Dipanggil Polis
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam masa terdekat ini berhubung dakwaan fitnah isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini susulan kenyataan Rafizi didakwa memfitnah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Haji Abdul Latiff Ahmad dalam blog rafiziramli.com berhubung kononnya Abdul Latiff mempunyai isteri kedua bernama Zainab Mohd. Salleh yang mendapat kontrak jutaan ringgit dengan Kementerian Pertahanan untuk projek LCS.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 9.28 malam, semalam daripada pengadu berusia 30 tahun yang merupakan pegawai tugas-tugas khas kepada Abdul Latiff.

Katanya, siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari pada 22 Ogos lalu ketika pengadu berada Residensi Harmoni, Segambut dekat sini telah terbaca satu posting di blog Rafizi yang mengandungi pembohongan dengan tujuan untuk merosakkan nama baik Abdul Latiff.

“Pengadu menafikan dakwaan bahawa YB Datuk Latiff mempunyai seorang isteri kedua yang mendapat kontrak pertahanan yang bernilai puluhan juta ringgit melibatkan LCS semasa beliau menjadi Timbalan Menteri.

“Hasil semakan polis mendapati kenyataan berkenaan telah disiarkan di laman web rafiziramli.com, di laman Facebook Rafizi dan di laman Twitter miliknya selain dua video yang berkaitan telah disiarkan melalui akaun TikTok dan Instagram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, pihaknya membuka siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 atas menyebarkan kenyataan jelik.

Jelas beliau, akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang artikel yang boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan masyarakat,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden ini boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Baldev Singh A/L Gurdial Singh di talian 012-4806062 atau Bilik Gerakan IPD Sentul.

UtusanOnline-

Tags: fitnahLCSPDRMRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Dan Sembilan Penumpang Nyaris Maut Bas Terbakar

Next Post

211 Majikan Ditahan Menggaji PATI

Related Posts

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

19/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan seolah-olah bersedia berundur daripada barisan Kabinet dan...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Next Post
211 Majikan Ditahan Menggaji PATI

211 Majikan Ditahan Menggaji PATI

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd