• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RISDA Lancar Pelan Tingkat Taraf Hidup Pekebun Kecil

oleh AK-47
23/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RISDA Lancar Pelan Tingkat Taraf Hidup Pekebun Kecil
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melancarkan pelan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA yang lebih berkesan bagi memperbaiki taraf sosioekonomi pekebun kecil melalui tiga bidang utama.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif berkata, bidang utama berkenaan adalah tanaman jangka pendek, tanaman jangka panjang dan ternakan.

“Usaha ini dilihat dapat mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada pendapatan dari sumber getah dengan memfokuskan bidang agromakanan agar menjadi lebih efektif dalam meningkatkan taraf kehidupan pekebun kecil.

“Secara tidak langsung dapat menyokong dan memenuhi Dasar Agromakanan Negara dan Dasar Sekuriti Makanan Negara,” katanya selepas selesai perasmian penuaian nanas MD2 Koperasi Pekebun Kecil (KPK) Berhad Negeri Sembilan di Kampung Anak Air, Kundur pada Selasa.

Turut hadir, Pengerusi KPK NS Bhd, Datuk Aliasak Ambia; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris; dan Pengarah RISDA, Muhammad Rizal Ahmad.

Jelas Mohd Salim, pada tahun lalu RISDA telah memperuntukkan sebanyak RM655,000 bagi menggerakkan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA Negeri Sembilan dan tahun ini peruntukkan berkenaan meningkat kepada RM1.8 juta.

Dalam pada itu, Mohd Salim berkata, KPK Berhad Negeri Sembilan di bawah seliaan RISDA telah mengambil langkah proaktif dalam Projek Agromakanan Tanaman Nanas MD2 di bawah kategori tanaman jangka pendek bermula tahun 2021.

“Dengan keluasan 3.64 hektar tanah yang diusahakan dan kelulusan bantuan bernilai RM300,000, KPK mampu menanam 140,000 pokok nanas.

“Dalam tempoh 18 bulan, dijangkakan nilai jualan yang bakal diperoleh koperasi bagi tanaman berkenaan baik dari buah mahupun sulur (anak pokok) boleh mencecah lebih setengah juta.

“Jadi ini adalah salah satu yang kita (RISDA) buat untuk pengeluaran makanan ataupun agromakanan kerana kalau bersandarkan dengan getah sahaja sudah pasti tidak cukup mereka menyara hidup,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Pekebun KecilPelan Tingkat Taraf Hidup Pekebun KecilRisdaTaraf Hidup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 menyaksikan peruntukan sebanyak RM676.4 juta disalurkan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA). Ikuti...

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

22/02/2023
0

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda) sedang giat melaksanakan pemutihan data pekebun kecil pada tahun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd