• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Dapat Bantuan RM500

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mangsa Banjir Dapat Bantuan RM500
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Kira-kira 8,337 mangsa banjir Monsun Timur Laut di seluruh negeri ini menerima bantuan RM500 setiap Ketua Isi Rumah (KIR) bagi meringankan bebanan dihadapi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan, berkata pihaknya menyediakan peruntukan kira-kira RM5.3 juta untuk disalurkan kepada penerima terbabit.

“Setiap KIR yang menjadi mangsa banjir pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini masing-masing menerima bantuan sebanyak RM500.

“Bantuan itu diharap dapat meringankan beban keluarga terbabit yang ditimpa musibah berkenaan sebelum ini,” katanya.

Majlis penyampaian bantuan kepada 2,976 mangsa banjir di daerah Kemaman membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Kemasik dan Air Putih disampaikan Ketua Penolong Pengarah Setiausaha (Pengurusan Zakat), Nazli Amirri Ngah.

Ketika mengulas bantuan kepada mangsa banjir Monsun Timur Laut di daerah lain, Dr Ahmad Azrin berkata, semua mangsa terbabit akan menerima bantuan sama selepas ini secara berperingkat.

-Berita Harian

Tags: Banjirbantuanmangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd