• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tonton Piala Dunia 2022 Qatar Di RTM

oleh Mohd Arshad
14/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tonton Piala Dunia 2022 Qatar Di RTM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Keluarga Malaysia berpeluang menyaksikan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022 Qatar secara percuma apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menjadi penyiar rasmi bagi acara sukan terbesar dunia itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 41 perlawanan akan disiarkan oleh RTM iaitu 27 perlawanan secara langsung termasuk perlawanan akhir dan 14 siaran tertunda melibatkan 130 jam siaran secara keseluruhan.

“RTM akan menyiarkan perlawanan melibatkan negara ranking tinggi yang mempunyai ramai peminat di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Menjelang Sepak Mula Piala Dunia 2022 Qatar sempena pelantikan RTM sebagai penyiar rasmi acara sukan itu, di sini, hari ini.

Piala Dunia 2022 akan berlangsung dari 20 Nov hingga 18 Dis ini.

Menurut Annuar, Piala Dunia 2022 Qatar akan disiarkan menerusi tiga saluran televisyen iaitu TV2, TV Okey, Sukan RTM dan penstriman langsung melalui RTM Klik.

Katanya, RTM menanggung kos sebanyak RM32.5 juta bagi membolehkan Keluarga Malaysia mengikuti sukan bertaraf dunia itu secara percuma kali ini.

“Oleh itu, saya harap syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dapat turut berkongsi menanggung kos pembiayaan siaran bersama RTM,” katanya.

Annuar berkata sejak 2002 iaitu selama 20 tahun RTM tidak putus membida hak penyiaran sama ada siaran langsung atau siaran tertunda bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati kejohanan empat tahun sekali itu.

Beliau berkata bola sepak bukan hanya sekadar sukan tetapi industri yang besar dan mempunyai peminat rentas kaum serta negara.

Piala Dunia mempunyai tontonan seluruh dunia yang cukup besar dalam menjana pendapatan tinggi bagi penajaan dan industri penyiaran, katanya.

Menurut kenyataan yang diedarkan K-KOMM, persetujuan pembelian hak siaran ditawarkan syarikat Sport Media & Distributors Sdn Bhd dengan siaran pertama pada 20 Nov menyaksikan perlawanan antara Qatar dan Ecuador.

Pada program hari ini, RTM turut memperkenalkan enam pengacara sukan yang akan bertugas semasa siaran langsung tersebut iaitu Syafiq Asyraf, Rasdi Jumaat, Zackhi Suri, Jeed Zulkefli, Aizuddin Shah dan Mohd Nazri Shukri.

Menurut kenyataan itu, selain pengacara sukan, RTM akan turut menampilkan 12 pengacara jemputan terdiri daripada bekas pemain dan jurulatih kebangsaan yang akan memberi ulasan serta kupasan terhadap permainan perlawanan.

Piala Dunia 2022 Qatar dengan slogan ‘Now Is All’ akan berlangsung di lapan stadium rasmi di Qatar melibatkan 32 negara.

Pada edisi Piala Dunia 2018, RTM mendapat hak penyiaran bagi 41 daripada 64 perlawan antarabangsa itu dengan 27 daripadanya ditayang secara langsung, membabitkan kos keseluruhan sekitar RM30 juta.

Bernama-

Tags: Piala DuniaQATARRTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd