• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Tercicir Boleh Sambung Semula

oleh Mohd Arshad
04/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahasiswa Tercicir Boleh Sambung Semula
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahasiswa yang tidak menamatkan pengajian atau tercicir akibat penularan COVID-19, boleh memohon untuk menyambung kembali pengajian melalui UPUOnline.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata pihaknya mengambil berat kebajikan semua pelajar, termasuk yang tercicir akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata, tiada masalah bagi mana-mana pelajar yang terpaksa menangguhkan pengajian atas sebab sama untuk menyambung pengajian di universiti masing-masing.

“Kementerian menerusi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) turut menyediakan program intervensi akademik seperti sistem penasihat akademik, bagi membantu pelajar di IPTA meneruskan pengajian mereka.

“Kita juga menyediakan program intervensi bukan akademik seperti perkhidmatan kaunseling individu dan berkelompok, ‘buddy system’, program motivasi, program mentor-mentee, ‘Academic Special Program’ dan program kesedaran dari semasa ke semasa,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PKR-Johor Bahru) mengenai langkah kementerian dan universiti awam membantu mahasiswa tercicir, termasuk yang tidak dapat meneruskan pengajian atau terpaksa menangguhkan pengajian, akibat pandemik COVID-19.

Noraini berkata, inisiatif kementerian melalui Agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat seperti dinyatakan dalam Lonjakan 3: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025, bertujuan memastikan peluang pembelajaran sentiasa terbuka bagi semua lapisan masyarakat.

Menyokong agenda itu, katanya, kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) juga menggalakkan penyertaan dalam kursus microcredentials yang dilaksanakan di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Sijil yang diperoleh daripada kursus microcredentials membolehkan seseorang untuk membuat pemindahan kredit apabila mendaftar ke program pengajian di IPT.

“Kementerian juga menyediakan laluan alternatif untuk kemasukan ke IPT melalui Laluan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) atau dikenali sebagai APEL.A dengan kemasukan menerusinya tidak memerlukan sebarang kelayakan formal,” katanya.

-Berita Harian

Tags: mahasiswaMahasiswa Tercicir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd