• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serpihan Logam Disyaki Milik Roket China Ditemui Di Miri

oleh Mohd Arshad
01/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Serpihan Logam Disyaki Milik Roket China Ditemui Di Miri
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung penemuan serpihan logam dipercayai sebahagian komponen roket Long March 5B milik negara China di Batu Niah di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, serpihan logam terbabit ditemui penduduk di Batu Niah semalam sebelum melaporkan kepada pihak polis pada hari yang sama.

“Hasil tinjauan awal mendapati, terdapat serpihan logam terbenam di dalam tanah pada kedalaman kira-kira satu meter di kawasan rumah salah seorang penduduk.

“Setakat ini, polis tidak dapat mengesahkan asal usul serpihan logam tersebut dan telah meminta bantuan dari beberapa pihak untuk menjalankan analisis di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Katanya, pihak yang terlibat ialah Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Mengulas lanjut, orang ramai dinasihatkan agar tidak berada di kawasan berhampiran kerana dibimbangi serpihan logam tersebut mengandungi bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan.

“Kawasan tersebut sedang dipantau dengan rapi oleh pihak berkuasa bagi memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

“Mereka juga disarankan untuk menghubungi balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat atau mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku,” jelasnya.

Kosmo-

Tags: Chinaroket Long March 5Bserpihan logam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Sasar Hasilkan Roket Tempatan Menjelang 2028

Malaysia Sasar Hasilkan Roket Tempatan Menjelang 2028

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Malaysia menyasarkan untuk memulakan pengeluaran roket buatan tempatan menjelang tahun 2028, sebelum memperluaskan keupayaan kepada...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd