• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NS Bakal Jadi Pengeluar Hasil Tenusu Segar

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
NS Bakal Jadi Pengeluar Hasil Tenusu Segar
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Negeri Sembilan bakal menjadi pengeluar hasil tenusu segar berskala besar di negara ini melalui pengoperasian syarikat Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) di sebuah ladang seluas 2.43 hektar di Gemas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, projek dengan nilai pelaburan RM2 bilion itu dijangka beroperasi pada tahun ini dengan sasaran pengeluaran susu segar pertama pada Disember 2024.

“Ini merupakan projek pertama dan terbesar di negara ini dalam usaha membuat ladang ternakan lembu susu.

“Pada peringkat awal nilai pelaburan adalah sebanyak RM700 juta tetapi dijangka meningkat secara berperingkat sehingga RM2 bilion,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Ns Fest 2022 dan Pelancaran Jalur Gemilang di Dataran Nilai di sini pada Khamis.

Menurutnya, sebagai permulaan, sebanyak 4,000 ekor lembu ternakan lembu susu dari luar negara akan dibawa masuk dan dijangka bertambah sehingga 20,000 ekor lembu.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan bertindak sebagai penyelaras bagi membantu dan mempermudahkan syarikat F&N melabur di negeri ini.

“Pembukaan operasi ladang F&N ini juga dapat mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk Negeri Sembilan khususnya di Gemas.

“Kerajaan negeri berharap mereka yang mempunyai tanah dapat mengusahakan tanaman bijirin khususnya jagung sebagai sumber makanan kepada ternakan ini,” katanya.

Tambahnya, projek berskala besar itu juga dilihat mampu merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan empat daerah di Negeri Sembilan iaitu Rembau, Kuala Pilah, Tampin dan Jempol sebagai pembangunan agropolis yang menerapkan elemen pertanian.

-Sinar Harian

Tags: Hasil Tenusu SegarNegeri SembilanPengeluar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api  – Zahid

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api – Zahid

26/09/2026
0

MELAKA - Jangan terburu-buru melabel mana-mana pihak sebagai derhaka atau biadab sebelum memahami kedudukan dan tanggungjawab setiap institusi yang terlibat...

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

26/09/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd