• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian Buktikan Bella 15 Tahun Pada 2020 – Saksi

oleh Mohd Arshad
21/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Ujian Buktikan Bella 15 Tahun Pada 2020 – Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ujian imbasan sinar X yang dilakukan dua tahun lalu terhadap seorang remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella menunjukkan anggaran usia tulangnya (bone age) berusia 15 tahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Saksi pendakwaan ke-13, pegawai perubatan Jabatan Radiologi Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Dr. B. Anulaawathi mengesahkan imbasan sinar X yang dibuat kepada Bella dijalankan selepas menerima permohonan untuk mengeluarkan laporan itu pada 23 Julai 2020.

Semasa prosiding di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Anulaawathi berkata, anggaran usia tulang menunjukkan Bella berusia 15 tahun kerana garis pertumbuhan plat tulang remaja itu tidak sama dengan gambar rujukan bagi kanak-kanak berumur 13 tahun.

“Bila dibandingkan dengan gambar rujukan sinar X bagi individu berumur 13 tahun, kita mendapati masih tidak sama dengan imbasan sinar X tulang Bella.

“Kita boleh tengok lagi, Bella lebih tua daripada gambar rujukan umur 13.6 tahun. Kita terus melihat pada gambar rujukan untuk umur 15 tahun dan kita mendapati gambar itu sama dengan sinar X Bella iaitu plat pertumbuhan tulang di pergelangan tangan masih kelihatan,” katanya.

Anulaawathi yang ketika itu bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur turut menjelaskan, penyediaan laporan ujian itu dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi setiap jabatan radiologi dalam negara.

Tambahnya, analisis laporan itu dikeluarkan berdasarkan tiga aspek iaitu chronological age, brush foundation data dan buku rujukan Radiographic Atlas of Skeletal Development of the Hand and Wrist Book by Sarah Idell Pyle and William Walter Greulich.

Menjawab kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, pegawai itu bersetuju buku rujukan tersebut digunakan sebagai salah satu SOP untuk mendapatkan anggaran usia tulang.

Nor Azizah: Buku itu digunakan di seluruh Malaysia. Adakah itu SOP di hospital untuk menganalisis usia tulang?

Anulaawathi: Ya.

Dalam pada itu, saksi itu memberitahu kandungan buku itu mempunyai siri sinar X sebagai rujukan jantina dan umur seseorang individu bermula dari saat dilahirkan sehingga berusia 18 tahun.

Difahamkan laporan itu diperlukan sebagai prosedur mendapatkan usia sebenarnya remaja itu berikutan dia ditemui tanpa sebarang dokumen oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika itu.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas peguam bela, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, peranan saksi itu hanya menyediakan laporan selepas mendapat arahan dari pasukan pediatrik dan Anulaawathi menjawab: Betul.

Siti Bainun Ahd Razali, 30, didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung petang ini.

-Utusan Online

Tags: BellaKes Bellasaksiujian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd