• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Dakwaan Kerajaan Kurangkan Bantuan, Subsidi Tidak Benar’

oleh AK-47
19/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Dakwaan Kerajaan Kurangkan Bantuan, Subsidi Tidak Benar’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan pada Selasa menafikan dakwaan bahawa kerajaan telah bertindak mengurangkan bantuan dan subsidi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak benar, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebaliknya menegaskan bahawa realitinya kerajaan terus memberi pelbagai bantuan dan subsidi kepada rakyat, terutama yang berkaitan minyak dan petroleum.

“Kerajaan juga telah memperkenalkan subsidi baharu yang tidak termasuk dalam Bajet 2022 iaitu bagi ayam dan telur serta elektrik.

“Sebagai contoh bagi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), anggaran keperluan subsidi tahun ini adalah RM37.3 bilion berbanding RM13.2 bilion pada tahun lepas,” katanya dalam sesi Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang bertanyakan bagaimana kerajaan membiayai jumlah keseluruhan subsidi yang dijangka mencecah RM80 billion bagi 2022 serta bentuk pembaharuan dasar subsidi yang sedang dirancang.

Tengku Zafrul berkata, subsidi minyak masak telah mencecah RM4 bilion berbanding RM2.2 bilion manakala subsidi kepenggunaan lain melibatkan anggaran perbelanjaan RM9.7 bilion berbanding hanya RM1.1 bilion tahun lepas.

Selain itu, beliau berkata harga minyak mentah dan sawit yang lebih tinggi pada tahun ini dijangka dapat menjana hasil cukai tambahan lebih RM10 bilion.

“Tambahan kepada itu, momentum pemulihan (ekonomi) melebihi jangkaan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi pada suku pertama tahun ini amat memberangsangkan pada kadar lima peratus dan dijangka lebih kukuh pada suku kedua,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, berdasarkan aliran tersebut, Malaysia bakal menerima hasil tambahan berkaitan cukai pendapatan serta cukai tidak langsung yang melebihi RM10 bilion.

“Namun, kesemua peningkatan hasil ini adalah tidak mencukupi untuk menampung peningkatan subsidi yang telah melebihi RM40 bilion,” katanya.

Beliau berkata, strategi kerajaan juga adalah untuk menyemak dan menilai semula keberkesanan setiap program subsidi serta insentif yang telah dilaksanakan.

Pada masa sama, kerajaan juga akan terus meneliti sumber hasil dan penjimatan tambahan untuk menampung keperluan tambahan subsidi bagi separuh kedua 2022.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa langkah-langkah yang berpaksikan kesejahteraan rakyat akan tetap diteruskan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: bantuandakwaanKerajaansubsidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd