• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Penjenayah Bunuh Ratusan Penduduk Haiti

oleh Mohd Arshad
19/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Geng Penjenayah Bunuh Ratusan Penduduk Haiti
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA, Switzerland – Keganasan geng-geng penjenayah membunuh atau mencederakan sekurang-kurangnya 234 orang dari 8 hingga 12 Julai lalu di bandar Cite Solei, Port-au-Prince, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Cite Soleil merupakan kawasan setinggan miskin yang padat dengan penduduk di Haiti.

Keganasan berlaku antara dua geng bermusuhan di Cite Solei dan sukar dibendung berikutan pasukan polis kekurangan senjata api serta kakitangan. Situasi itu menyebabkan penduduk terperangkap di dalam kediaman dan tidak dapat keluar untuk mencari makanan serta air.

Mereka menjadi mangsa peluru sesat kerana banyak kediaman di Cite Solei dibina daripada lapisan zink nipis, manakala ambulans tidak dapat sampai kepada mangsa yang memerlukan.

“Sebahagian besar mangsa tidak terlibat secara langsung dengan geng penjenayah. Kami juga menerima laporan keganasan seksual berlaku,” kata jurucakap Pejabat Hak Asasi PBB, Jeremy Laurence.

Awal minggu ini pertubuhan tempatan, Rangkaian Pertahanan Hak Asasi Manusia Kebangsaan menyatakan, 89 orang terbunuh, 16 hilang dan 74 mangsa cedera dalam siri keganasan tersebut.

Menurut Pejabat Hak Asasi PBB, seramai 934 orang terbunuh dan 684 yang lain cedera akibat keganasan geng penjenayah di Haiti sepanjang tempoh enam bulan pertama dari Januari hingga Jun 2022.

Sejumlah 680 penculikan turut berlaku dalam tempoh tersebut, katanya.

“Kami amat bimbang berhubung keganasan yang semakin buruk di Port-au-Prince dan peningkatan pencabulan hak asasi manusia oleh geng-geng penjenayah bersenjata lengkap terhadap penduduk tempatan.

“Kami menggesa pihak-pihak berkuasa bersenjata supaya memastikan hak asasi dilindungi serta menjadi keutamaan mereka dalam menangani krisis di Haiti,” kata Laurence.

Pertumpahan darah berlaku ketika harga makanan melambung tinggi di Haiti dan bekalan bahan api berkurangan sekali gus kombinasi yang mengakibatkan situasi keselamatan menjadi huru-hara.

-Kosmo Online

Tags: bunuhGeng PenjenayahHaiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

05/02/2026
0

BUTTERWORTH, 4 Februari 2026 – Seorang wanita berstatus ibu tunggal ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di kediamannya di tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd