• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahmi Kemuka Usul Pinda Akta Perlindungan Data Peribadi

oleh AK-47
16/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Fahmi Kemuka Usul Pinda Akta Perlindungan Data Peribadi
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR Fahmi Fadzil mengemukakan notis usul kepada Dewan Rakyat bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurutnya, pindaan yang dicadangkan itu bertujuan memberi lebih banyak kebebasan kepada Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi dan pesuruhjayanya bagi membolehkan mereka diletakkan di bawah Parlimen dan bukannya menteri komunikasi dan multimedia.

Undang-undang pada masa ini menetapkan bahawa adalah menjadi budi bicara menteri untuk melantik atau membatalkan pelantikan pesuruhjaya.

Ia juga menyatakan bahawa pesuruhjaya boleh melantik timbalan dan penolong pesuruhjaya atas kelulusan menteri.

Manakala menteri juga boleh mengeluarkan arahan berhubung dengan fungsi dan kuasa pesuruhjaya.

Fahmi mahu suruhanjaya itu bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dan pelantikan pesuruhjaya perlu dilakukan melalui usul di Parlimen.

Dia juga berkata suruhanjaya itu harus bertanggungjawab kepada parlimen dan tidak menerima arahan daripada pihak eksekutif.

“Kita boleh beri cadangan, nasihat, malah kita boleh mengecam agensi atau suruhanjaya kerajaan.

“Sebaik-baiknya, ini boleh dilakukan dengan mempunyai jawatankuasa pilihan parlimen untuk diberi kuasa mengawasi hal-hal perlindungan data peribadi,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini dan KiniTV.

Pengarah Komunikasi PKR itu berkata ia juga akan membolehkan jawatankuasa pilihan parlimen memanggil pesuruhjaya atau pegawai berkaitan jika perlu, seperti apabila terdapat isu pelanggaran data dibawa ke perhatian parlimen.

-Malaysia Kini

Tags: Aktaakta perlindungan data peribadiFahmi Fadzilpinda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal atas tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN)...

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd