• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Dana Penjana Kerjaya: Perkeso Gantung Bayaran RM423 Juta

oleh Mohd Arshad
15/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Seleweng Dana Penjana Kerjaya: Perkeso Gantung Bayaran RM423 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggantung bayaran Program Penjana Kerjaya (Penjana Kerjaya) berjumlah RM423 juta susulan kes penyelewengan dana itu oleh syarikat berstatus sendirian berhad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, langkah penggantungan itu dibuat berdasarkan analisis data dan pemantauan berterusan Bahagian AntiFraud, Etika & Integriti (AFEI) pertubuhan berkenaan.

Katanya, sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang diamanah melaksanakan pelbagai inisiatif kerajaan semasa tempoh pandemik Covid-19, Perkeso memandang serius isu penyelewengan itu.

“Di samping itu, AFEI bekerjasama rapat dengan Bahagian Kewangan dan Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan bagi memastikan setiap permohonan yang diterima dapat disemak sepenuhnya dengan teliti, sebelum bayaran dibuat kepada penerima insentif.

“Sehingga kini, jumlah bayaran Penjana Kerjaya adalah sebanyak RM1.72 bilion dengan melibatkan seramai 45,379 majikan bagi menempatkan 327,789 pencari kerja ke dalam pekerjaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, seramai 37 individu yang dipercayai menggunakan platform Penjana Kerjaya untuk membuat tuntutan palsu sehingga RM100 juta.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada pengarah, pemilik, pengurus dan jurutera-jurutera melibatkan 26 lelaki dan 11 wanita berusia antara 28 hingga 70 tahun daripada 64 buah syarikat berstatus sendirian berhad.

Katanya, SPRM turut membekukan akaun bernilai RM7.3 juta milik syarikat berkenaan.

Sementara itu, Mohammed Azman mengingatkan para majikan supaya jujur dan berintegriti mengemukakan permohonan untuk program bantuan kerajaan termasuk Penjana Kerjaya.

Justeru, beliau memanggil mana-mana majikan yang menyalahgunakan dana berkenaan atau mengemukakan permohonan tanpa mengikut syarat-syarat ditetapkan supaya tampil dan membuat bayaran balik secara sukarela.

“Majikan diminta berhubung dengan Perkeso bagi menyelesaikan isu ini sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak akan terus memberi sokongan dan kerjasama penuh kepada SPRM dalam menjalankan siasatan berhubung kes tuntutan palsu dana Penjana Kerjaya membabitkan pihak majikan dan penyedia latihan di seluruh negara melalui Ops Hire.

-Utusan Online

Tags: Gantung BayaranPerkesoSeleweng Dana Penjana Kerjaya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd