• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Covid-19 Meningkat, Dapatkan Dos Penggalak – Khairy

oleh Mohd Arshad
11/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Covid-19 Meningkat, Dapatkan Dos Penggalak – Khairy
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta orang ramai mendapatkan suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes baharu Covid-19 di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, masyarakat bagaimanapun boleh mendapatkan Paxlovid atau ubat antiviral Covid-19 di fasiliti kesihatan sekiranya belum mengambil dos penggalak.

“Jika anda berisiko tinggi dan positif Covid-19, pakai pelitup muka apabila berada di dalam bangunan (indoor). Amalkan TRIIS (ujian saringan, melaporkan hasil ujian saringan, menjalani kuarantin, memaklumkan pada kontak rapat jika positif dan mendapatkan rawatan segera),” katanya menerusi laman Twitternya, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, kes harian baharu Covid-19 meningkat sebanyak 27.9 peratus dalam tempoh 3 hingga 9 Julai lepas berbanding minggu sebelumnya.

Katanya, kes baharu dilaporkan dalam tempoh itu adalah 21,355 berbanding 16,694 kes pada 26 Jun hingga 2 Julai.

“Bilangan kes sembuh bagi 3 hingga 9 Julai lalu turut meningkat sebanyak 14.6% iaitu daripada 14,293 kes kepada 16,379 kes,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Covid-19dos penggalakKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd