• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Kombinasi Baharu Rawatan HIV Dilulus

oleh Mohd Arshad
08/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Produk Kombinasi Baharu Rawatan HIV Dilulus
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Persidangan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-374 bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat kepada produk kombinasi (fixed-dose combination) baharu bagi rawatan HIV-1 iaitu Teldy Film-Coated Tablets.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, produk tersebut mengandungi kombinasi tiga bahan aktif melibatkan Dolutegravir 50mg, Lamivudine 300mg dan Tenofovir Disoproxil Fumarate 300mg.

“Penilaian oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) ke atas data kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk Teldy didapati memuaskan untuk digunakan secara tunggal sebagai regimen lengkap bagi merawat jangkitan HIV-1 dalam kalangan orang dewasa dan remaja berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai berat badan 40 kilogram atau lebih.

“Teldy adalah produk kombinasi pertama berasaskan dolutegravir yang didaftarkan di negara ini dan merupakan manfaat daripada perjanjian Voluntary Licensing (VL) di antara Medicines Patent Pool (MPP) dan pemilik paten dolutegravir iaitu ViiV Healthcare,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, usaha ke arah perjanjian VL ini dimulakan bersama dengan Kementerian Kesihatan sejak 2014 dan MPP memberikan VL kepada tiga pengilang termasuk Hetero Labs Limited, India untuk mengilangkan produk ini bagi pasaran Malaysia.

Katanya, PBKD juga telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat produk dengan bahan aktif tunggal Dolutegravir 50mg, iaitu Tegrad (Dolutegravir Film-Coated Tablets 50mg) di bawah pemegang pendaftaran dan pengilang yang sama pada 10 Februari lalu.

Jelasnya, produk Teldy dikilangkan oleh Hetero Labs Limited, India dan pemegang pendaftaran produk di Malaysia adalah Camber Laboratories Sdn. Bhd..

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada tahun 2020, dianggarkan terdapat seramai 92,063 pesakit HIV dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak di negara ini.

“Oleh itu, perjanjian VL ini membolehkan akses pesakit HIV kepada produk berasaskan dolutegravir dipertingkatkan selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang menyarankan penggunaan dolutegravir sebagai rawatan utama bagi pesakit HIV,” ujarnya.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan melalui NPRA akan terus memantau dan menilai data-data terkini dari semasa ke semasa berkenaan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk Teldy bagi memastikan perbandingan manfaat-risikonya (benefit-risk balance) kekal positif.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan juga akan terus komited dengan usaha-usaha untuk mempertingkatkan akses kepada ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia.

-Utusan Online

Tags: HIVProduk KombinasiRawatan HIV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd