• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Campur Tangan Pelaksanaan Dasar BNM

oleh Mohd Arshad
07/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Tidak Campur Tangan Pelaksanaan Dasar BNM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerajaan menegaskan pelaksanaan dasar monetari oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah bersifat bebas dan tidak ada campur tangan kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras pinjaman dan tabungan iaitu sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus kepada 2.25 peratus semalam adalah berdasarkan penilaian bank pusat itu.

Beliau berkata, berdasarkan undang-undang, kerajaan tidak boleh menyelaras sebarang kenaikan dasar monetari kerana BNM adalah sebuah badan bebas.

Katanya, ia juga penting apabila ia berkaitan dengan kepercayaan dalam pasaran.

Ini kerana katanya jika terdapat sebarang manipulasi atau campur tangan kerajaan dalam sebarang keputusan dasar monetari, ia akan menjejaskan integriti pasaran.

Kenaikan OPR BNM ini katanya adalah berdasarkan tekanan inflasi yang terus meningkat kepada 2.8 peratus berbanding 2.4 peratus sebelum ini.

Malah katanya tekanan inflasi dihadapi seluruh dunia termasuk negara maju yang ada antaranya melebihi sembilan peratus.

“Fenomena ini diakibatkan oleh kenaikan harga komoditi global disebabkan konflik Russia-Ukraine serta gangguan rantaian bekalan.

“Tindakan BNM adalah bagi mengekang aliran keluar pelaburan dari negara yang akan sebabkan kejatuhan ringgit yang lebih teruk.

“Jika OPR kekal, pelabur akan alih pelaburan mereka ke luar Malaysia. Ringgit jatuh, harga barang akan naik kerana kita mengimport 60 peratus bahan mentah.

“Kenaikan ini juga berdasarkan perkembangan terkini serantau. Secara dasarnya, saya merasakan dasar monetari kita masih kompetatif.

“OPR ketika ini juga masih rendah berbanding dengan kadar sebelum pandemik COVID-19 sebanyak tiga peratus,” katanya selepas melancarkan Pelan Tindakan dan Laporan Kelestarian 2021 Edotco di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, bagaimanapun kerajaan mengambil maklum kenaikan OPR ini dan akan terus memantau perkara ini.

Beliau berkata, kerajaan akan cuba mengimbanginya kerana kita tidak mahu ada yang terlebih untung dan terbeban.

Ini kerana katanya, kerajaan melalui Jawatankuasa Dasar Fiskal, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri akan bertanggungjawab ke atas dasar fiskal negara.

“Kerajaan akan meneruskan segala bentuk bantuan dan subsidi kepada rakyat.

“Malaysia juga sudah merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama yang kukuh untuk tahun ini pada lima peratus dan momentum itu diyakini akan berterusan untuk suku kedua 2022.

“Paling penting adalah kita kena terus tingkatkan ekonomi negara. Bila ekonomi berkembang banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan.

“Kerajaan akan terus memperhalusi dasar dan bantuan yang dapat kurangkan beban kos sara hidup rakyat,” katanya.

-Berita Harian

Tags: BNMcampur tanganDasar BNMKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd