• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Belum Putuskan Penggunaan Logo PRU15

oleh AK-47
07/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PAS Belum Putuskan Penggunaan Logo PRU15
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Pas belum memutuskan sama ada akan menggunakan logo parti itu atau Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, perkara tersebut terlebih dahulu perlu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama sebagai sebuah badan tertinggi di dalam Pas.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata, tidak ada masalah bagi parti itu untuk menggunakan apa-apa logo sekalipun pada PRU.

“Pada dasarnya kita boleh guna apa-apa logo sekalipun. Nak guna bola, nak guna PN atau Muafakat Nasional (MN), tidak menimbulkan apa-apa masalah.

“Cuma dalam pilihan raya akan datang ini tidak ada lagi ketetapan khusus kita nak guna logo macam mana,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Daerah Pasir Puteh 2022 di Dewan Terbuka Majlis Daerah Pasir Puteh di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Jajahan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Ahmad Adlee Yaasin.

Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi berkata, penetapan penggunaan logo tersebut akan diselaraskan apabila hampir pilihan raya dengan mendahulukan pandangan daripada parti.

“Pemilihan penggunaan logo ini tidak boleh dibuat melalui pandangan peribadi sebaliknya perlu mengutamakan pandangan parti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang diluluskan pada 7 Ogos 2020 bertujuan menjadikan rakyat sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.

“ANMS menggunakan pendekatan Whole of Nation membabitkan penglibatan seluruh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta serta seluruh rakyat Malaysia bagi memastikan pelaksanaannya secara menyeluruh secara berfasa selama 10 tahun bergantung kepada isu kesihatan semasa.

“ANMS meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat sebagai keutamaan melalui amalan gaya hidup sihat seperti makan secara sihat dan selamat, tidak merokok, minda sihat, hidup aktif serta menjaga kebersihan diri dan persekitaran,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: logoPASPRU15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd